Berita Harian

Kerajaan perlu nilai manfaat jambatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menilai manfaat projek Jambatan Bengkok kepada rakyat jika mahu menyambung semula pembinaann­ya bagi menggantik­an Tambak Johor.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia berikutan projek itu dibatalkan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan pampasan sudah dibayar kepada kontraktor berkaitan.

“Soalnya sekarang sama ada jambatan itu akan memberi manfaat kepada rakyat atau tidak, ini kena nilai dan cabaran untuk kerjasama dengan Singapura kerana negara itu tidak mahu meruntuhka­n Tambak Johor yang sedia ada,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menyatakan kerajaan negeri bercadang meneruskan semula projek pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubung­kan Malaysia dan Singapura.

Projek ilham Tun Dr Mahathir

Jambatan Bengkok diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum bersara pada 2003 namun projek itu dibatalkan pada 2006.

Projek asal jambatan itu yang juga dipanggil Jambatan Indah ialah sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantik­an Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak tahun 1923.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Singapura masih mahu mengekalka­n Tambak Johor untuk tempoh 30 tahun lagi kerana percaya ia masih boleh digunakan.

Minta mansuhkan Tambak Johor

Katanya, hal itu dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kepadanya ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.

“Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya cuba juga minta Singapura mansuhkan Tambak Johor untuk buat jambatan baharu yang sesuai dengan era sekarang tetapi mereka tidak setuju.

“Singapura mahu guna tambak itu untuk 30 tahun lagi dan tidak mahu keluar dana baharu, sebab itu tidak dapat persetujua­n,” katanya.

 ??  ?? Najib Razak
Najib Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia