Berita Harian

Buruh miliki video Daesh kena penjara 18 bulan

Warga Indonesia tukar pengakuan bersalah

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Seorang buruh binaan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan memiliki lima gambar dan sembilan video berkaitan kumpulan pengganas Daesh, dalam telefon bimbitnya, Januari lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Alarshy Mus Budiono, 24, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes itu, semalam.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Januari lalu.

Nasihat lebih berhati-hati

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Mohd Nazlan menasihati tertuduh supaya lebih berhatihat­i dan tidak terbabit dengan aktiviti yang melanggar undang-undang terutamany­a berkaitan keganasan.

“Kesalahan berkaitan keganasan adalah sangat serius. Ia boleh mengancam keselamata­n negara dan menggugat sistem demokrasi berparlime­n serta membahayak­an masa depan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Mohd Al-arshy didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Awan Hijau, Taman Overseas Union, Brickfield­s, di sini pada jam 3 petang, 17 Januari lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 130JB(1)(A) Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh

Kesalahan berkaitan keganasan adalah sangat serius. Ia boleh mengancam keselamata­n negara dan menggugat sistem demokrasi berparlime­n serta membahayak­an masa depan rakyat dan generasi akan datang” Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Hakim

tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item itu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum, manakala tertuduh diwakili peguam Zaini Bakar.

Rayu ringan hukuman

Terdahulu, Zaini merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kepada anak guamnya atas alasan tertuduh masih muda dan tidak tahu memiliki atau menyimpan gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh adalah satu kesalahan menurut undang-undang di Malaysia.

“Tertuduh masuk ke negara ini seawal usia 18 tahun demi mencari rezeki untuk nenek dan empat adiknya yang masih kecil.

“Tertuduh mengambil iktibar dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang,” katanya.

Munirah bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia