Berita Harian

Tiga beranak mengaku salah cederakan jiran guna besi

-

Kuala Lumpur: Tiga beranak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, semalam atas pertuduhan mencederak­an jiran mereka dengan menggunaka­n sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang, bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh itu iaitu Md Isa Ismail, 63, dan dua anaknya Ros Iman, 36, dan Rosliza, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Tak akui semua fakta kes

Bagaimanap­un, mahkamah tidak menjatuhka­n hukuman berikutan ketiga-ketiga tertuduh tidak mengakui semua fakta kes yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Terdahulu, Rosliza ketika mendengar fakta kes itu menggeleng­kan kepalanya sambil berkata; ‘no.. no.. no.. (tidak.. tidak.. tidak) kenyataan yang diberitahu pengadu tidak benar’.

Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap S Viknes Kumar, 23, dengan menggunaka­n sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang di hadapan Blok D, Prima Selayang, PS1, Jalan Rawang, Batu Caves di sini jam 9. 30 malam pada 6 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Lakukan khianat

Selain itu, Rosliza yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n turut menghadapi satu lagi pertuduhan, iaitu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan cermin hadapan dan sisi kereta milik J Darshana, 23, yang juga teman wanita Viknes Kumar pada tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarka­n ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia