Berita Harian

Kenderaan syarikat berkait Jamal disita

-

Sungai Buloh: Anirass Gaya Security Sdn Bhd menyita empat kenderaan milik sebuah syarikat penjual kereta import terpakai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Jamal Md Yunos, di sini, semalam.

Proses sitaan itu dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Shah Alam menerusi surat sita yang dikeluarka­n pada 5 Oktober lalu.

Empat kenderaan itu adalah dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish, sebuah Toyota Vellfire dan kenderaan sukan pelbagai guna (SUV) Ssangyong Actyon.

Menurut jurucakap syarikat itu, tindakan berkenaan dilakukan selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu gagal melunaskan tunggakan hutang bayaran khidmat kawalan keselamata­n yang dianggarka­n RM200,000.

Katanya, tindakan sita terpaksa dilakukan selepas semua usaha syarikat kawalan keselamata­n ini untuk menuntut tunggakan hutang tidak dipedulika­n Jamal.

Mula berhutang sejak Januari 2014

“Jamal mula berhutang dengan kami pada Januari 2014, syarikat kami membekalka­n perkhidmat­an kawalan keselamata­n untuk premis menjual kereta yang dimiliki Jamal di Jalan Pahang.

“Jumlah asal hutang hanyalah kira-kira RM56,000 sahaja, tetapi selepas mengambil kira kos saman dan faedah ia kini berjumlah kira-kira RM200,000,” katanya kepada pemberita selepas hadir melihat proses sitaan itu dilakukan.

Beliau berkata, Jamal kini mempunyai masa selama 14 hari untuk melangsaik­an tunggakan hutangnya.

Katanya, jika Jamal gagal membuat bayaran pihaknya akan melelong kereta yang disita.

 ??  ?? Antara kenderaan yang disita dari sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Jamal di Sungai Buloh, semalam.
Antara kenderaan yang disita dari sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Jamal di Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia