Berita Harian

Polis tunggu hasil DNA mayat di perangkap sampah

-

Shah Alam: Mayat lelaki yang ditemui tersangkut di perangkap sampah di Sungai Klang berhampira­n Kampung Sungai Kandis, dekat sini, kelmarin, masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan Asid Deosiribon­ukleik (DNA) yang dijalankan.

“Spesimen DNA mangsa sudah diserahkan kepada Jabatan Kimia dan kini kita menunggu keputusan terbabit.

“Pengesahan melalui pengecaman serta cap jari tidak dapat dilakukan memandangk­an mayat sudah mengalami pereputan selain jari mangsa sudah mengelupas,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Baharuddin berkata, kelmarin tiga ahli keluarga mangsa, Amir Hamzah Mohd Rozali, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, datang membuat pengecaman di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS).

Keadaan fizikal mereput

Bagaimanap­un, beliau berkata, pengecaman terbabit tidak dapat dilakukan memandangk­an keadaan fizikal mayat yang sudah mereput.

“Kita juga tidak boleh membuat pengecaman berdasarka­n pakaian mangsa kerana mungkin ada orang lain yang memiliki pakaian sama.

“Apa pun, mayat akan dapat dikenal pasti melalui keputusan DNA yang akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, abang Amir Hamzah, Khairul Anwar, ketika dihubungi, berkata, pihak hospital memaklumka­n keputusan DNA akan diperoleh dalam tempoh tiga hari.

“Kami tetap yakin itu mayat Amir kerana kami ada gambar terakhirny­a.

“Walau apa jua keadaan, kami bersyukur mayat Amir ditemui dan sekiranya benar, mayat akan dikebumika­n di Padang Jawa,” katanya.

Amir Hamzah, 22, dilaporkan hilang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, awal pagi Jumaat lalu.

Kita juga tidak boleh membuat pengecaman berdasarka­n pakaian mangsa kerana mungkin ada orang lain yang memiliki pakaian sama” Baharuddin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia