Berita Harian

Gerakan buru 2,000 penjenayah dikehendak­i

-

Georgetown: Polis mula melancarka­n gerakan memburu 2,000 penjenayah dalam senarai dikehendak­i yang terbabit dalam pelbagai jenayah di negeri itu, sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata ia membabitka­n hampir 100 penjenayah atas kesalahan jenayah, manakala kira-kira 900 jenayah komersial dan hampir 1,000 kes narkotik.

“Semua polis di negeri ini digesa supaya tidak membazir masa bagi usaha tidak menguntung­kan, sebaliknya fokus untuk mengendali­kan kes ini dan menjejaki, sekali gus menahan penjenayah dalam senarai dikehendak­i di negeri ini.

Perlu dihadapkan ke pengadilan

“Penjenayah ini perlu dihadapkan ke pengadilan dan menjadi tugas kita untuk berbuat demikian. Orang ramai gusar kerana kes rompakan dan curi, justeru kita perlu tangkas membantu masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, semalam.

Bercakap kepada NSTP di pejabatnya kemudian, Thaiveegan berkata, sistem pengesanan identiti akan diguna pakai bagi membolehka­n semua penjenayah dalam senarai dikehendak­i itu dijejaki.

Bagaimanap­un, katanya, tempoh beberapa tahun diperlukan untuk mengguna pakai sistem yang mampu mengenal pasti penjenayah sejurus memasuki negeri itu.

“Cadangan ini masih pada peringkat perbincang­an membabitka­n beberapa pihak berkaitan. Ia membabitka­n faktor kewangan, logistik dan kekuatan anggota bagi memastikan ia dapat direalisas­ikan.

“Bagaimanap­un, fokus kita kini untuk menjejaki penjenayah dalam senarai ini. Mereka sudah melakukan jenayah dan berada di mana-mana, justeru kita akan terus mencari mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar jenayah di negeri itu mencatatka­n penurunan sebanyak 10.3 peratus, membabitka­n 3,767 kes sejak 1 Januari hingga 30 September lalu, berbanding 4,201 kes bagi tempoh sama pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia