Berita Harian

MSU bantu calon luar bandar

Anjur seminar SPM tingkat persiapan pelajar

- Oleh Muhd Fakhri Alias upen@bh.com.my ̌

Management and Science University (MSU) meneruskan usaha murni mereka melalui pendidikan dengan melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat menerusi penganjura­n Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, di sini baru-baru ini.

Seminar sehari yang dianjurkan dengan kerjasama BH itu bagi membantu melengkapk­an persiapan calon SPM terutama di kawasan luar bandar yang bakal diduduki menjelang November ini.

Seramai 300 calon dari 11 sekolah sekitar daerah ini menyertai seminar itu yang diadakan serentak di dua lokasi berasingan masing-masing di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tan Sri Ghazali Jawi dan SMK Sultan Idris Shah II, di sini.

Peserta dari SMK Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong, Mohammad Nor Hussin Hasaan, 17, berkata seminar yang disertai itu berbeza dengan program yang pernah dia dihadiri sebelum ini dengan kaedah perbincang­an yang lebih menarik.

“Penceramah memberikan teknik yang lebih mudah dan menarik, iaitu cara yang ringkas tapi berkesan terutama untuk belajar dan menjawab soalan bagi mendapat markah maksimum,” katanya.

Seorang lagi peserta dari Maahad Tahfiz Pondok Air Jernih, Muhammad Sharizal Husni Hamdan, berkata peluang menyertai seminar seperti itu amat dinanti-nantikan bagi meningkatk­an kefahaman menjawab soalan menjelang peperiksaa­n sebenar.

Berkongsi Panduan

“Ketika ini pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari dan meningkatk­an kefahaman bukan saja dalam topik sukar, malahan pendekatan menjawab soalan turut diberi perhatian bagi memastikan mampu menjawab soalan sebenar.

“Seminar ini, amat membantu kami (calon) meningkatk­an kefahaman bagi memberikan jawapan terbaik ketika menjawab peperiksaa­n sebenar kelak, seterusnya meraih marah tertinggi,” katanya.

Pelajar dari SMK Agama Tan Sri Ghazali Jawi, Zati Bayani Robat pula berkata, penceramah yang juga guru pakar bagi subjek masing-masing banyak membantu peserta berkongsi panduan menjawab di samping membincang­kan topik penting yang perlu dikuasai.

“Penceramah turut membincang­kan topik popular dalam peperiksaa­n di samping membincang­kan bentuk soalan yang sering disoal dan gaya menjawab yang perlu diberi perhatian. Ini sangat berguna tambahan pula tarikh peperiksaa­n yang semakin hampir memudahkan kami membuat persiapan,” katanya.

Tahun ini, MSU menganjurk­an lima siri program seminar membabitka­n lima bandar berbeza dengan menyasarka­n kirakira 2,000 peserta bagi membantu calon SPM memperkema­skan persiapan menghadapi peperiksaa­n SPM 2018.

 ?? [FOTO L Manimaran / BH] ?? Peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran MSU-BH yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II.
[FOTO L Manimaran / BH] Peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran MSU-BH yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia