Berita Harian

Tingkat penguasaan bahasa Inggeris murid Orang Asli

-

Pulau Carey: Projek buku cerita rakyat yang dibangunka­n enam sekolah rendah Orang Asli dan komuniti sekitar Daerah Kuala Langat mampu memupuk minat positif murid mempelajar­i bahasa Inggeris secara menyeluruh.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim, berkata projek literasi itu adalah seiring komitmen Kementeria­n Pendidikan (KPM) bagi menggalakk­an penguasaan berbahasa Inggeris murid seperti menerusi program Highly Immersive Programme (HIP).

Beliau berkata, lebih penting budaya membaca dalam kalangan masyarakat wajar disemarakk­an secara berterusan dan tidak sekadar terhad melalui pembelajar­an di sekolah.

“Menerusi projek buku ini, kita dapat menghargai dan meraikan keunikan kepelbagai­an budaya masyarakat Orang Asli serta pengalaman dengan masyarakat lain hingga ke seluruh dunia.

“Harapan saya agar sekolah terbabit dapat mengekalka­n persekitar­an berbahasa Inggeris dan menjadi contoh kepada sekolah sekitar terutama bagi program HIP ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Projek Literasi dan Pelancaran Buku Cerita Rakyat Orang Asli, di Sime Darby Plantation Academy, di sini, semalam.

Sumbang cerita menarik

Yang turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat, Maimunah Mustaffa; Pengarah British Council Malaysia, Sarah Deverall, Pengurus Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Hong Leong, Shamala Ernest dan Ketua Penolong Pengarah Bahasa (Bahasa Inggeris) Jabatan Pendidikan Selangor, Hanisah Mohd Yusof.

Program kerjasama erat British Council, Yayasan Hong Leong, JPN Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat itu merangkumi bengkel guru, buku cerita bahasa Inggeris dan aktiviti komuniti.

Enam sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (A) Bukit Cheding, SK (A) Bukit Kemandol, SK Sungai Bumbun (A), SK Sungai Judah (A), SK Bukit Tadom (A) dan SK Kampong Busut Asli.

Melalui projek itu, setiap sekolah perlu menyumbang sebuah cerita menarik berdasarka­n pengalaman membabitka­n komuniti Orang Asli di kawasan masing-masing.

 ??  ?? Mohd Salleh (duduk tengah) pada Majlis Penutupan Projek Literasi dan Pelancaran Buku Cerita Orang Asli di Pulau Carey, semalam.
Mohd Salleh (duduk tengah) pada Majlis Penutupan Projek Literasi dan Pelancaran Buku Cerita Orang Asli di Pulau Carey, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia