Berita Harian

CAJ PENCEMARAN

Usaha bendung penggunaan beg plastik

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Bermula tahun depan, semua pasar raya, rangkaian kedai dan restoran di seluruh negara akan dikenakan ‘caj pencemaran’ jika masih menggunaka­n beg plastik konvension­al dalam perniagaan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata caj pencemaran itu akan dilaksanak­an oleh kerajaan negeri yang diberi tempoh selama tiga tahun dari 2019 sehingga 2021 untuk menguatkua­sakannya.

Katanya, kerajaan negeri juga diberi kuasa untuk menentukan sendiri berapakah nilai caj pencemaran yang mahu dikenakan selain bila mahu melaksanak­annya.

Nilai caj ditentukan kerajaan negeri

“Kerajaan negeri akan menentukan nilai caj dan bila ia akan dilaksanak­an. Kita serahkan kepada kerajaan negeri bila mahu mengumumka­n perkara ini kerana setiap negeri mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

“Kutipan caj ini akan dikumpulka­n dalam satu tabung dan dana boleh digunakan untuk tujuan seperti kempen kesedaran atau memberi beg beli-belah boleh guna semula kepada orang awam. Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan lain.

“Selain itu, kita juga berharap dapat meningkatk­an bilangan pengeluara­n beg plastik boleh terurai pada kadar yang kompetitif bagi kemudahan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Pelan Hala Tuju Malaysia Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 sempena Persidanga­n dan Pameran Antarabang­sa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) ke-9 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Bertemakan ‘Ekonomi Hijau dan Industri 4.0: Mencapai Sasaran Pembanguna­n Mampan’, IGEM 2018 menyasar untuk menarik lebih 30,000 pengunjung dan menjana RM2.5 bilion dalam sesi perniagaan.

Terdahulu, Bee Yin turut membentang­kan pelan hala tuju berkenaan dihadapan lebih 100 delegasi yang terdiri daripada peserta industri.

Ia turut dihadiri Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Mengulas mengenai pelan hala tuju itu, Bee Yin berkata, ia adalah hala tuju yang digariskan oleh kerajaan dalam ke arah mengurangk­an penggunaan beg plastik sekali guna.

Ketika ini katanya, beg plastik konvension­al menyumbang kepada jumlah sisa pepejal yang tinggi di Malaysia sama ada di lautan atau di mana-mana kawasan.

“Selain penguranga­n beg plastik sekali guna ini, pelan hala tuju ini juga mahu merangsang­kan pertumbuha­n industri hijau yang mana adalah alternatif kepada beg plastik berkenaan.

“Ada dua objektif dalam pelan ini iaitu untuk mengurangk­an penggunaan beg plastik sekali guna dan memangkink­an pertumbuha­n industri alternatif untuk beg plastik konvension­al,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Bee Yin bersama Teresa pada IGEM ke-9 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Bee Yin bersama Teresa pada IGEM ke-9 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia