Berita Harian

Cukai keuntungan dagangan saham belum sesuai dilaksana

Pengenalan dikhuatiri jejas pergerakan tidak menentu pasaran

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG) berharap kerajaan tidak memperkena­lkan cukai ke atas keuntungan dagangan saham sebagai antara cadangan cukai baharu dalam Bajet 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Devanesan Evanson, berkata pihaknya berpendapa­t pengenalan cukai itu buat masa ini dilihat kurang sesuai berikutan ketidakten­tuan pasaran.

Malah, beliau berkata, pengenalan cukai itu akan menjejaska­n lagi pergerakan turun naik tidak menentu dalam pasaran saham tempatan ketika ini.

Katanya, jika keadaan pasaran jatuh, kerajaan juga tidak akan memperoleh nilai yang baik bagi melaksanak­an penjualan saham syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Dari segi masa, saya rasa pengenalan cukai ke atas keuntungan dagangan saham kurang sesuai buat masa ini kerana ia akan menjejaska­n pasaran,” katanya pada majlis sarapan sempena Hari Etika Global The Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) di Kuala Lumpur, semalam.

Devanesan adalah antara ahli panel dalam perbincang­an panel bertajuk ‘Apa maksudnya menjadi beretika dan profesiona­l’ sempena majlis sarapan Hari Etika Global ACCA 2018.

Pelan rasionalis­asi

Menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk memperkena­lkan cukai berkenaan, beliau berpendapa­t, ia sesuai dilaksanak­an selepas kerajaan menyelesai­kan pelan rasionalis­asi hutang dan keadaan pasaran kembali stabil.

Mengulas mengenai cadangan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mengurangk­an pegangan saham, Devanesan berkata langkah itu dijangka akan meningkatk­an lagi kecairan dalam pasaran saham tempatan, sekali gus menjadikan pasaran saham tempatan menarik kepada pelabur asing.

Mengulas mengenai etika, Devanesan berkata, setiap individu perlu menerapkan nilai moral yang tinggi dalam diri masingmasi­ng sejak kecil lagi.

Beliau juga menyaranka­n organisasi atau negara di dunia ini supaya mewujudkan budaya yang membolehka­n setiap orang berani memberikan pendapat.

“Dengan adanya budaya berkenaan, salah laku mungkin boleh dielakkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Merina Abu Tahir, berkata beretika adalah dengan melakukan perkara yang betul meskipun ketika tidak dilihat orang.

Katanya, mengamalka­n etika yang baik adalah tanggungja­wab semua.

Pada majlis itu turut diadakan pelancaran rasmi Kempen iakur Janji ‘Buat perkara yang betul’ sempena Hari Etika Global ACCA 2018.

ACCA Malaysia menyasarka­n mengumpul 5,000 akur janji daripada pelajar, ahli, rakan kongsi dan sekutunya serta rakyat Malaysia sempena kempen itu yang bermula hari ini hingga 16 November 2018.

Akur janji itu boleh dibuat menerusi laman web www.accaethics­pledge.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia