Berita Harian

Levi ke atas pelaburan modal jejas sentimen pelabur

-

Kerajaan masih membiarkan pelabur bertekatek­i mengenai cukai baharu yang akan diperkenal­kan pada Bajet 2019.

Buat masa sekarang, pasaran menanti sesuatu yang paling buruk, cukai keuntungan modal dan perbelanja­an.

Levi ke atas pulangan daripada pelaburan modal boleh memburukka­n lagi kemerosota­n pasaran saham.

Indeks penanda aras saham belum lagi pulih daripada penurunan terbesar dalam tempoh empat bulan, selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n perancanga­n cukai.

Levi perbelanja­an pula akan terus mengekang pertumbuha­n ekonomi, yang susut ke tahap paling perlahan dalam tempoh lebih setahun.

“Cukai pasti akan diperkenal­kan khususnya kepada golongan kaya dan ke atas penggunaan,” kata Pengarah Fortress Capital Asset Management Sdn Bhd, Geoffrey Ng.

Cukai keuntungan modal ‘pastinya mencetuska­n kebimbanga­n menyeluruh dalam kalangan pelabur’, namun ia berkemungk­inan tidak menjadi kenyataan kerana kebanyakan pasaran di Asia Tenggara tidak mempunyai cukai sedemikian, katanya.

Semuanya akan terjawab pada 2 November ini, apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijangka mengumumka­n perancanga­n kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan dalam Bajet 2019.

Malaysia sedang mencari sumber pendapatan baharu dalam usahanya mengisi jurang yang ditinggalk­an oleh penggantia­n cukai pengguna menyeluruh de ngan levi lebih bersasar.

Kerajaan juga dibebani dengan hutang dan liabiliti melebihi RM1 trilion, diburukkan lagi lagi oleh jaminan kerajaan ke atas nota diterbitka­n oleh dana bermasalah, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Unjuran menurun

Pertumbuha­n ekonomi perlahan mengehadka­n lagi pilihan negara. Bank pusat menurunkan unjuran tahun ini kepada kirakira lima peratus, berbanding 5.9 peratus pada 2017, selepas ekonomi berkembang perlahan kepada 4.5 peratus pada suku kedua, yang gagal menepati anggaran semua ahli ekonomi.

Sementara itu, bank Pusat menurunkan unjuran tahun ini kepada kirakira 5 peratus, daripada 5.9 peratus pada 2017, selepas pertumbuha­n ekonomi yang perlahan kepada 4.5 peratus pada suku kedua.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 0.2 peratus semalam, kenaikan terkecil dalam kalangan pasaran di Asia Tenggara, berbanding kenaikan 0.8 peratus Indeks Pasifik MSCI.

Pasaran susut 3.1 peratus tahun ini di tengahteng­ah aliran keluar dana asing berjumlah AS$2.4 bilion.

Kajian daya maju menyeluruh ke atas cukai keuntungan modal adalah perlu berikutan ‚kesan besarnya‘ kepada pasaran kewangan.

Pengurus Dana BNP Paribas Asset Management, Cynthia Lum, berkata meningkatn­ya tumpuan kerajaan terhadap pendigital­an, bukan sesuatu yang mengejutka­n jika ada cukai baharu diperkenal­kan dalam sektor digital dan edagang.

Kerajaan hanya boleh memperkena­lkan cukai keuntungan modal dan cukai warisan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jika mereka dapati ia boleh dilaksanak­an, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan, dengan memetik sumber.

Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong, berkata cukai terhadap keuntungan modal akan menyebabka­n Malaysia kurang menarik dan pelabur akan mencari peluang dalam pasaran lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia