Berita Harian

PMETAL mahu beli 50 peratus firma aluminium

-

Press Metal Aluminium Holdings Bhd (PMETAL) bercadang untuk membeli 50 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Japan Alumina Associates (Australia) Pty Ltd (JAA), dengan pertimbang­an pembelian sebanyak 250 juta dolar Australia (RM739 juta).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Paul Koon, berkata cadangan perolehan kepentinga­n itu adalah melalui anak syarikat milik 80 peratus PMETAL, Press Metal Bintulu Sdn Bhd.

Koon berkata, JAA memiliki 10 peratus kepentinga­n dalam Worsley Alumina Unincorpor­ated Joint Venture yang memiliki dan mengendali­kan Projek Worsley Alumina, antara pengeluar aluminium terbesar dan tertua di dunia.

Siap suku pertama 2019

“Pengambila­lihan yang dicadangka­n ini akan memberikan PMETAL peluang mengakses lima peratus daripada pengeluara­n tahunan Projek Worsley Alumina yang berjumlah 230,000 tan alumina setahun.

“Ia adalah pendekatan yang berkesan dalam memastikan akses jangka masa panjang bahan mentah kami serta mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pembekal pihak ketiga.

“Cadangan pengambila­lihan itu dijangka siap pada suku pertama 2019. Ia juga sebahagian daripada strategi syarikat dalam mengukuhka­n operasi serta membekalka­n aluminium untuk jangka panjang bagi operasi peleburan dengan sasaran penjimatan kos.

“Pprojek Worsley Alumina adalah salah satu pengeluar aluminium dengan kos rendah

”berkata, di dunia, katanya dalam satu kenyataan.

Koon melalui cadangan pengambila­lihan itu, PMETAL juga mendapat maklumat industri dalam proses penapisan aluminium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia