Berita Harian

LRT3 diteruskan kos 47 peratus lebih rendah

Pembinaan projek babit jumlah RM16.6B berbanding RM31.65B sebelum ini

-

asalnya sebanyak RM31.65 bilion pada Julai lalu.

Itu termasuk kos pengambila­n tanah, kepentinga­n semasa pembinaan dan kos lain.

“Konsep pelaksanaa­n projek akan diubah suai dari rejim rakan kongsi projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap,” kata Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (Malaysia) Bhd dalam satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Mereka berkata, pengumuman lanjut kepada Bursa Malaysia akan dibuat apabila terdapat perkembang­an material berhubung projek terbabit.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 10 Julai lalu mendedahka­n bahawa jumlah kos sebenar projek itu meningkat kepada RM31.65 bilion, disebabkan oleh kesilapan anggaran oleh Prasarana Malaysia Bhd, yang mana anggaran asal ketika projek itu dilancarka­n pada 2015 adalah RM9 bilion.

Beliau juga mendedahka­n bahawa Prasarana telah mendapatka­n pembiayaan tambahan sebanyak RM22 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan pada 30 Mac, tambahan kepada RM10 bilion yang diberikan pada tahun 2015 untuk membiayai projek itu. Guan Eng kemudian meminta penguranga­n kos untuk memastikan projek itu dapat dilaksanak­an dengan kos lebih jimat.

Pada 12 Julai, Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju bahawa projek itu akan diteruskan, dengan kos yang lebih rendah pada RM16.63 bilion.

Laluan sejauh 37 kilometer

LRT3 membabitka­n laluan sejauh 37 kilometer akan menghubung­kan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga Johan Setia, Klang.

Pada April 2017, Prasaran mengumumka­n usaha sama MRCB George Kent yang dilantik sebagai PDP untuk projek LRT3, berbanding enam syarikat yang menghantar tender.

Enam syarikat yang disenarai pendek untuk penilaian akhir bagi pembinaan projek berkenaan adalah IJM Corp Bhd, MMC Gamuda JV, Naza TTDI Sdn BHD-CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd JV, Sunway Constructi­on Bhd, UEM Group Bhd dan Wct-alloy MTD JV.

Saham MRCB ditutup naik 7.5 sen atau 10.42 peratus pada 79.5 sen, dengan 84.23 juta saham bertukar tangan, berjumlah RM3.49 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia