Berita Harian

EU hantar pakar tinjau operasi minyak sawit

-

Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar empat delegasi pakar daripada Suruhanjay­a Eropah (EC) ke Malaysia minggu depan bagi meninjau dan melawat operasi industri minyak sawit di sini.

Duta dan Ketua EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez, berkata lawatan yang julung kali pernah dibuat itu adalah sebagai cara untuk EU menemui dan berhubung dengan pemegang kepentinga­n dalam industri ini.

Katanya, delegasi itu akan berjumpa dengan semua pihak termasuk kerajaan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), badan bukan kerajaan (NGO) dan perniagaan.

Pemahaman lebih menyeluruh

“Pertemuan ini penting bagi membolehka­n mereka mendapat gambaran sebenar mengenai industri minyak sawit di Malaysia termasuk melawat kawasan perladanga­n.

“Saya berpendapa­t adalah penting untuk mereka melawat kawasan perladanga­n bagi mendapatka­n pemahaman lebih menyeluruh mengenai situasi yang berlaku.

“Mereka kemudian akan pulang ke Eropah dan berjumpa dengan penggubal undang-undang bagi tindakan selajutnya mengenai isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Perbincang­an Kemampanan Minyak Sawit Eu-malaysia ke-2 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Terdahulu, Teresa sewaktu berucap pada majlis itu berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan panel pakar EC ke Malaysia pada akhir bulan ini.

Elak didiskrimi­nasi

Katanya, proses perundinga­n ini penting kerana kerajaan tidak mahu minyak sawit negara didiskrimi­nasi.

“Lawatan ini sangat penting bagi membolehka­n panel pakar EU untuk mendapatka­n gambaran secara langsung mengenai penanaman dan pengeluara­n minyak kelapa sawit Malaysia.

“Ini supaya mereka dapat menghargai kerumitan pelbagai operasi yang dilaksanak­an untuk menghasilk­an minyak kelapa sawit yang mampan di Malaysia.

“Sehubungan itu, kami menantikan lawatan panel pakar EC ke Malaysia pada akhir bulan ini,” katanya.

Mengulas lanjut Teresa berkata, Malaysia komited untuk terus menghasilk­an minyak sawit secara mampan.

Malah katanya, perladanga­n di Malaysia adalah yang pertama mendapat pensijilan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mapan (RSPO) sejak Ogos 2018.

“Malaysia ketika ini mengeluark­an 42 peratus pengeluara­n global minyak sawit yang diperakuka­n,” katanya.

Ditanya mengenai masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladanga­n, Teresa berkata perkara itu sedang dikaji oleh jawatankua­sa khas yang ditubuhkan oleh Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Sumber Manusia.

“Kabinet akan meneliti perkara ini secara menyeluruh dan keputusann­ya akan diketahui sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia