Berita Harian

Vanessa Ratu Cantik Dunia Universiti Malaysia 2018

-

Kuala Lumpur: Kecantikan fizikal dimiliki Vanessa Cruez dilengkapi kebijaksan­aan berkomunik­asi, keperibadi­an murni, ciri kepemimpin­an dan nilai kemanusiaa­n melayakkan beliau dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia Universiti Malaysia (WMUM) 2018, barubaru ini.

Mahasiswa ijazah Sarjana Muda Teknologi Perkhidmat­an Makanan, Management and Science University (MSU) itu menerima gelaran berkenaan selepas menewaskan 32 peserta.

Vanessa berkata, acara itu bermatlama­t mencari mahasiswa wanita terbaik universiti Malaysia bagi mempromosi keamanan melalui sikap menghormat­i perbezaan agama, ideologi, bahasa, warna kulit dan kebudayaan.

“Pencapaian ini membolehka­n saya membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan bernilai RM10,000, selain dana biasiswa.

“Terpilih sebagai pemenang WMUM 2018 sebenarnya diikuti dengan tanggungja­wab besar kerana saya akan mewakili Malaysia yang menjadi tuan rumah pertanding­an Ratu Cantik Dunia Universiti Antarabang­sa Edisi Ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), bulan depan,” katanya.

Pemenang Ratu Cantik Dunia Universiti Antarabang­sa akan memikul tanggungja­wab sebagai duta Yayasan Perkhidmat­an Kor Keamanan yang bakal mewakili organisasi berkenaan dalam aktiviti berbentuk mempromosi­kan perpaduan dan saling memahami.

Vanessa berkata, penganjura­n pertanding­an itu bukan sahaja membantu meningkatk­an keyakinan dan kemahiran insaniah pe-

serta dalam kalangan generasi muda, tetapi juga melahirkan individu yang mampu menyumbang kebaikan kepada dunia.

“Program WMUM dan Ratu Cantik Dunia Universiti Antarabang­sa ini membawa satu misi sama, iaitu sebagai aktiviti global dalam menggalakk­an, mempromosi dan meningkatk­an kesedaran masyarakat berhubung keamanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Vanessa Cruez (tengah) bersama dua lagi mahasiswa MSU, Shahira Sundu yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik Kepemimpin­an dan Chern Yun Yu sebagai Ratu Cantik Kebaikan pada WMUM 2018.
Vanessa Cruez (tengah) bersama dua lagi mahasiswa MSU, Shahira Sundu yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik Kepemimpin­an dan Chern Yun Yu sebagai Ratu Cantik Kebaikan pada WMUM 2018.
 ??  ?? Vanessa Cruez (empat dari kanan) bersama peserta selepas diumumkan sebagai pemenang utama WMUM 2018.
Vanessa Cruez (empat dari kanan) bersama peserta selepas diumumkan sebagai pemenang utama WMUM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia