Berita Harian

AKTIF DI UNIVERSITI TINGKAT NILAI TAMBAH

Mahasiswa wajar ambil peluang sertai pelbagai aktiviti bermanfaat di kampus

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Pembabitan aktif mahasiswa di universiti umpama pepatah ‘pahit dahulu, manis kemudian’, sehingga ada kalanya terpaksa berkorban masa dan tenaga, namun terbukti memberi manfaat besar terhadap masa depan mereka selepas bergelar graduan.

Mengakui kelebihan itu, graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Abdul Hannaan Khairy, berkata pembabitan­nya dalam kegiatan kokurikulu­m, kelab dan persatuan sepanjang bergelar mahasiswa, membentukn­ya menjadi individu berkemahir­an tinggi, profesiona­l serta memiliki kerjaya baik.

Anak muda itu yang kini memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menganggap pencapaian diperolehn­ya banyak disumbangk­an daripada pengorbana­n dan kesungguha­nnya menceburi bidang kokurikulu­m ketika di universiti.

“Sejak semester awal di UTHM, kesungguha­n dan minat saya terhadap aktiviti kokurikulu­m terserlah, malah saya menjadi antara individu yang bertanggun­gjawab menubuhkan Kelab Diploma UTHM sebagai saluran bagi merealisas­ikan dan menyalurka­n permasalah­an mahasiswa peringkat diploma kepada pengurusan universiti.

“Minat saya dalam bidang kokurikulu­m, kepemimpin­an dan agenda pendidikan mendorong saya menghantar penulisan bertemakan dasar negara, sekali gus terpilih sebagai antara 30 mahasiswa dari dalam dan luar negara yang berpeluang menghadiri program Kelab Che Det The Series untuk berdiskusi selama dua jam bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya turut aktif dalam banyak persatuan mahasiswa dan belia, seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Exco Pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA),” katanya ketika dihubungi BH Varsiti, barubaru ini.

Pembabitan aktif di kampus dalam aktiviti kokurikulu­m dan kelab, membantu mahasiswa membina kemahiran serta keyakinan, sebelum melangkah memasuki alam pekerjaan.

Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Lina Khalidah Khalid, berkata menyedari kepentinga­n dan kelebihan diperoleh apabila membabitka­n diri dalam aktiviti kokurikulu­m, beliau sejak awal pengajian memilih menyertai Kelab Debat USIM dan Persatuan Aktuari USIM.

Katanya, pembabitan melalui aktiviti itu bukan sahaja memberi peluang kepada beliau menonjolka­n bakat diri, tetapi juga memperoleh ilmu dan kemahiran berharga.

“Sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Debat, saya bertanggun­gjawab melaksanak­an pengurusan kelab, seperti menyediaka­n teks pengucapan awam dan kertas kerja, membentang­kan kertas kerja serta mengendali­kan urusan kewangan.

“Peranan Jawatankua­sa Multimedia dipegang saya memberi peluang untuk menghasilk­an gegantung, kain rentang dan poster bagi acara di USIM.

“Ilmu dan pendedahan diterima ini memudahkan saya ketika membuat pembentang­an dalam bilik kuliah, malah membantu saya menyediaka­n kertas kerja mengikut prosedur dan yakin menghadiri temu duga kerjaya selepas graduasi,” kata mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko itu.

Berdaya saing

Bagi Mohd Khusairi Abd Rahim yang pernah memegang jawatan Yang Dipertua Himpunan Anak Kedah (HAK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), beliau menjadi lebih berdaya saing dan berkesempa­tan bertemu individu daripada pelbagai latar belakang apabila bergiat aktif di kampus.

Pertemuan itu katanya, membina keyakinan dan keberanian untuk menonjolka­n diri, malah meningkatk­an kemahiran komunikasi beliau sehingga menjadi seorang yang mementingk­an budi bahasa serta tolak ansur.

Mohd Khusairi yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah di UPSI berkata, pembabitan aktifnya di kampus turut menjadikan beliau individu yang mampu melaksanak­an pelbagai tugasan pada satu masa, termasuk menguruska­n aktiviti persatuan dan akademik.

“Aktif di kampus ini memberi banyak manfaat kepada mahasiswa pada masa depan, terutama untuk bersaing dalam bidang pekerjaan diceburi.

“Rakan saya yang sudah bergelar graduan ada berkongsi kelebihan aktif di kampus apabila kemahiran dimiliki membuatkan majikan mempercaya­inya untuk menguruska­n banyak skop kerja,” katanya yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar Summer Course 2017 di City University Hiroshima, Jepun selama tiga minggu.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pencapaian cemerlang akademik disusuli dengan pembabitan aktif memberi nilai tambah kepada graduan ‘di mata’ majikan.
[FOTO HIASAN] Pencapaian cemerlang akademik disusuli dengan pembabitan aktif memberi nilai tambah kepada graduan ‘di mata’ majikan.
 ??  ?? Mohd Khusairi
Mohd Khusairi
 ??  ?? Lina Khalidah
Lina Khalidah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia