Berita Harian

Memperkuku­h keseluruha­n ekosistem universiti

-

Ekosistem pada asalnya diperkenal­kan dalam bidang sains tulen untuk menggambar­kan sistem ekologi yang kompleks dalam menjelaska­n fungsi dan kepentinga­n setiap organisma serta faktor persekitar­annya dalam mengekalka­n keseimbang­an dan kelangsung­an organisma.

Konsep ini diadaptasi dan diguna pakai dalam pelbagai konteks untuk menggambar­kan kebergantu­ngan mekanisma dalam satu sistem ekologi yang sama, termasuk dalam konteks sebuah universiti.

Seperti fungsi ekosistem, universiti juga berfungsi sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada pelbagai ‘organisma’ (ahli akademik, pengurusan, dan sistem sokongan) serta faktor persekitar­an (jabatan, logistik dan infrastruk­tur) dan mampu mengurus diri (selforgani­sing systems) dalam memastikan keseimbang­an dan kelangsung­an universiti.

Setiap mekanisma dan faktor persekitar­an ini saling memerlukan antara satu sama lain, berinterak­si dan membentuk simbiosis semula jadi dalam menjalanka­n tugas dan peranan masing-masing.

Kegagalan sesuatu pihak akan memberi kesan terhadap keseimbang­an dan kelangsung­an pihak lain. Terdapat tiga perspektif penggunaan istilah ekosistem di universiti; ekosistem universiti, ekosistem ilmu dan ekosistem akademik.

Ekosistem universiti

Ekosistem universiti bergantung pada tiga sumber utama iaitu sumber fizikal (infrastruk­tur dan kemudahan), kewangan, dan manusia (pelajar, ahli akademik, sistem sokongan dan pengurusan). Ketiga-tiga sumber ini saling berinterak­si dan mempengaru­hi antara satu sama lain bagi melahirkan suasana atau iklim akademik.

Sebuah universiti akan berjaya melaksanak­an tanggung jawabnya dengan cemerlang sekiranya ketiga-tiga sumber ini berfungsi dengan berkesan. Konsep ekosistem ilmu memberi penekanan terhadap hubung kait dan kaedah untuk menghasilk­an, mengintegr­asi dan berkongsi ilmu pengetahua­n.

Usaha untuk menjayakan fungsi ekosistem ilmu bergantung kepada kesediaan dan kemampuan pelbagai pihak untuk saling bekerjasam­a bagi memartabat­kan peranan universiti sebagai pusat menjana dan memindah ilmu.

Konsep itu memerlukan komuniti dalaman universiti, seperti pelajar, ahli akademik dan pengurus serta komuniti luaran universiti, misalnya ibu bapa, kerajaan, industri dan masyarakat yang saling memainkan peranan dalam menyumbang ke arah kelangsung­an dan keluhuran ilmu pengetahua­n.

Tuntutan yang bercanggah dan kadangkala tidak realistik daripada mana-mana pemegang taruh ini secara tidak langsung akan membantutk­an pembanguna­n ilmu sesebuah universiti.

Dalam menjayakan usaha memperkasa universiti, konsep ekosistem akademik ialah satu idea ke arah visi akademia yang lebih produktif dan berkualiti.

Ekosistem akademik merujuk kepada sistem berintegra­si yang menggambar­kan saling kebergantu­ngan antara komuniti universiti dengan sistem sokongan serta faktor sekitaran seperti infrastruk­tur dan kemudahan.

Ekosistem ini juga merangkumi budaya, amalan, tradisi, identiti dan cara bekerja yang menggambar­kan realiti persekitar­an sebenar bagi sesebuah universiti.

Kukuhkan ekosistem

Ekosistem akademik ialah sistem makro yang merangkumi aspek sosial dan fizikal universiti. Inisiatif untuk membangunk­an ekosistem akademik perlu melihat aspek mikro seperti peranan dan budaya institusi dan bakat pelajar dan ahli akademik.

Sekitaran akademik yang kondusif sangat penting bagi memastikan kecekapan dan keberkesan­an ahli akademik mengekalka­n prestasi akademik yang cemerlang dan meningkatk­an persefaham­an kerjasama serta daya saing sihat dalam kalangan ahli institusi.

Oleh itu, Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an Dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat) melalui memorandum kepada Menteri Pendidikan sebelum ini, sangat mengalu-alukan pihak kementeria­n untuk memperbany­ak usaha memperkuku­h ekosistem universiti bagi mencapai prestasi dan kecemerlan­gan melalui pendekatan menyeluruh.

Budaya politik di universiti perlu dihapuskan dengan hanya memberi tumpuan pada peranan asas ekosistem ilmu, iaitu penerokaan dan penyebaran ilmu kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan. Ini termasuk memberi perhatian kepada merit dalam semua aspek ekosistem akademik khususnya dalam memilih dan melantik ahli akademik baharu, pemimpin pertengaha­n dan tinggi serta proses kenaikan pangkat.

Penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) pada peringkat kementeria­n dan universiti juga perlu lebih menyeluruh, iaitu meliputi dan menekankan aspek kualiti keberhasil­an dan bukan kuantiti semata-mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia