Berita Harian

Bina keyakinan, kepercayaa­n majikan

-

Kuala Lumpur: “Ramai graduan datang bertemu saya menceritak­an betapa pembabitan aktif mereka dalam aktiviti kokurikulu­m ketika zaman belajar, sangat membantu ketika menghadiri temu duga kerja, selain berjaya menceburi kerjaya yang dipohon," kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata, pembabitan aktif mahasiswa dalam aktiviti kampus dapat menajamkan kemahiran, terutama membabitka­n elemen insaniah yang tidak boleh diperoleh sepenuhnya melalui kehadiran ke bilik kuliah.

Katanya, pembabitan aktif itu akan banyak membantu mahasiswa untuk membina keyakinan majikan kerana dunia pekerjaan hari ini, menuntut petugas yang memiliki keseimbang­an antara pencapaian akademik dan kemahiran.

“Jika mahasiswa masih menganggap hanya pencapaian cemerlang dalam akademik akan membantu mereka memperoleh kerjaya bagus, pemikiran ini tidak lagi relevan kerana majikan juga memerlukan pekerja yang berkeboleh­an tinggi untuk membantu meningkatk­an prestasi syarikat.

“Majikan mencari pekerja yang mempunyai paling banyak kemahiran, di samping keputusan akademik cemerlang seperti bijak mengendali­kan acara, hebat berfikir, berani, mampu berkomunik­asi secara berkesan, berkeyakin­an dan berciri pemimpin,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti barubaru ini.

Prof Mohammad Shatar berkata, sekiranya graduan masih menganggap akan ditanya ‘apa keputusan akademik anda’ ketika menghadiri sesi temu duga, mereka tersilap kerana keputusan akademik itu sudah pun tercatat pada resume masingmasi­ng.

kebijaksan­aan graduan

Selain keterampil­an fizikal yang positif, katanya, majikan turut menitikber­atkan kemahiran dan kebijaksan­aan graduan dengan mengajukan persoalan menguji tahap kebolehan mereka, termasuk ‘apa aktiviti anda sepanjang di universiti’, ‘apa kelebihan kami peroleh jika mengambil anda bekerja’ dan ‘bolehkah anda membantu menganjurk­an projek tertentu’.

Beliau berkata, ditambah jumlah lepasan institut pengajian tinggi (IPT) yang semakin ramai dengan keputusan akademik cemerlang, graduan harus memiliki kemahiran ekstra bagi menonjolka­n diri supaya mudah diterima majikan serta mampu bersaing dengan graduan lain.

“Bagi membantu graduan mempunyai nilai tambah, universiti juga harus memainkan peranan dengan melaksanak­an program kokurikulu­m dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang bersesuaia­n.

“UPSI sendiri ada memperkena­lkan Program Cemerlang 2A, iaitu Akademik dan Akhlak bagi memastikan graduan kami memiliki kemahiran secara seimbang dalam keduadua bidang.

“Bukan hanya memba bitkan aktiviti kokurikulu­m seperti persatuan, kelab dan sukan, UPSI juga menyediaka­n kursus kemahiran bersijil diiktiraf kerajaan dan boleh digunakan sebagai resume untuk menceburi dunia pekerjaan, antaranya kursus bakeri, mutawwif dan mutawwifah serta menyelam,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ?? Prof Mohammad Shatar
Prof Mohammad Shatar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia