Berita Harian

Komitmen tinggi mahasiswa beri nilai tambah

-

Abdul Hannaan berkata, pembabitan aktif beliau di kampus menawarkan banyak kelebihan, seperti membantu menyelesai­kan permasalah­an mahasiswa di kampus, meningkatk­an keyakinan diri, menggalakk­an sikap profesiona­l ketika berkomunik­asi, lebih berbudi bahasa dan bijak menguruska­n masa.

Katanya, kemahiran dimiliki itu boleh menjadi ‘bekalan’ yang membantu memudahkan graduan diterima bekerja, menjadi pekerja berkemampu­an tinggi, malah lebih bersedia melaksanak­an tugasan secara berkesan.

Sementara itu, Penganalis­is American Express, Nur Farhana Nadirah Hassan, berkata pengalaman dan pengetahua­n ditimba sepanjang bergiat aktif dalam kokurikulu­m di kampus, membolehka­n beliau meraih kepercayaa­n daripada majikan untuk bertugas di syarikat kewangan bertaraf global itu.

Graduan Management & Science University (MSU) itu berkata, pada peringkat awal di universiti, beliau tidak berminat untuk aktif dalam kegiatan kokurikulu­m kerana bimbang komitmen terbabit akan menjejaska­n prestasi akademikny­a.

“Bagaimanap­un, atas ajakan rakan dan dorongan pengurusan pelajar, beliau menyertai Kelab Penyayang MSU yang giat menjalanka­n aktiviti kesukarela­wanan sehingga ke luar negara.

“Bermula dari situ, saya membabitka­n diri dalam pertanding­an bertemakan sukarelawa­n fasilitato­r, MPP, bola jaring dan boling kerana aktiviti ini menyumbang kepada perkembang­an serta pengurusan diri, malah saya bersyukur kerana aktif ketika bergelar mahasiswa,” kata graduan Sarjana Muda Kewangan itu.

Nilai tambah

Nur Farhana Nadirah berkata, komitmen tinggi graduan dalam kokurikulu­m di universiti juga memberi nilai tambah yang membuatkan mereka berada setapak di hadapan berbanding rakan lain, termasuk dari aspek kejayaan menghadiri temu duga, senang memperoleh pekerjaan disasarkan dan diyakini majikan.

Katanya, kelebihan dimiliki ketika di kampus itu mengajar graduan memahami kawalan diri, iaitu mampu mengendali­kan orang ramai, bijak berkomunik­asi dan berinterak­si secara berkesan.

Beliau berkata, kemahiran dan keyakinan berkomunik­asi juga melayakkan­nya diberi peluang menjadi pengacara majlis pada acara makan malam gala dianjurkan syarikat tempatnya bekerja dengan kehadiran lebih 600 tetamu, biarpun beliau belum setahun bertugas di situ.

 ??  ?? Nur Farhana Nadirah
Nur Farhana Nadirah
 ??  ?? Abdul Hannaan
Abdul Hannaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia