Berita Harian

PNB fokus utama bidang pendidikan

-

dan luar negara.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata perbelanja­an bagi program biasiswa luar negara adalah yang tertinggi iaitu lebih RM128 juta membabitka­n 367 pelajar.

Katanya, pendidikan ialah fokus utama dalam teras tanggungja­wab sosial korporat PNB kerana syarikat itu memerlukan bakat yang cekap dan berkeupaya­an bagi memenuhi misinya untuk menjadi firma pelaburan bertaraf dunia.

“Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB adalah komponen terpenting syarikat bagi menyediaka­n tenaga kerja dan pemimpin pelapis yang akan membawa firma ini ke tahap lebih cemerlang pada masa depan.

“Bagi memantapka­n lagi program biasiswa ini, Ahli Lembaga Pengarah PNB meluluskan beberapa cadangan penambahba­ikan program biasiswa luar negara termasukla­h meluaskan penajaan ke universiti terpilih di Amerika Syarikat dan tidak mengehadka­n bidang pengajian selagi relevan dengan teras perniagaan PNB,” katanya.

Universiti terkemuka

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Prakeberan­gkatan 2018 bagi penerima Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB kumpulan ke-20 bagi pengambila­n 2016, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PNB, Datuk Idris Kechot serta Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd Nizam Zainordin.

Seramai 20 penerima Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB akan berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di universiti terkemuka dunia antaranya London School of Economics and Political Science (LSE).

Sementara itu, penerima biasiswa, Yasmin Athilah Zainal Abidin Yeoh yang berjaya memperoleh 4A pada peringkat A-level berkata, pada mulanya beliau tidak mengharap sebarang tawaran biasiswa daripada PNB kerana tiada makluman untuk tempoh yang agak lama.

“Apatah lagi, ibu bapa juga tidak begitu menyokong hasrat saya untuk menyambung pengajian ke luar negara kerana mereka lebih selesa sekiranya saya belajar di dalam negara saja.

“Meskipun begitu, rezeki akhirnya memihak kepada saya apabila terpilih sebagai seorang daripada penerima biasiswa PNB dan berharap ilmu serta kepakaran yang diperoleh sepanjang menuntut di LSE nanti akan dapat digunakan sebaik mungkin bagi menyumbang kembali kepada PNB,” katanya.

 ?? [FOTO ZULFADZLI/BH] ?? Abdul Rahman (tengah) beramah mesra dengan penerima Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB kumpulan ke-20 baru-baru ini.
[FOTO ZULFADZLI/BH] Abdul Rahman (tengah) beramah mesra dengan penerima Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB kumpulan ke-20 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia