Berita Harian

YHL tawar biasiswa kepada pelajar miskin, OKU

-

Kuala Lumpur: Lahir dalam keluarga kurang berkemampu­an tidak pernah menjadi penghalang kepada Nor Ain Farisha Muhamad Zaki untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti sehingga berjaya dipilih sebagai seorang daripada penerima biasiswa Yayasan Hong Leong (YHL), baru-baru ini.

Anak ketiga daripada tujuh adik beradik yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor itu terpilih menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Saya terpaksa bekerja sambilan di kedai runcit bagi menampung pembiayaan sekolah kerana pendapatan keluarga tidak mencukupi memandangk­an bapa cuma bekerja sebagai pekebun dan pada masa sama ramai lagi adik yang bersekolah.

“Saya tidak pernah menyangka akan terpilih sebagai seorang daripada penerima biasiswa Hong Leong kerana persaingan yang diterima daripada pemohon lain sangat sengit.

“Meskipun begitu, saya percaya pencapaian cemerlang dalam akademik dan latar belakang keluarga yang susah, sedikit sebanyak menjadi faktor mengapa saya dipilih sebagai penerima,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n biasiswa Yayasan Hong Leong, baru-baru ini.

Pelajar bertuah

Seramai 32 pelajar dari keluarga kurang berkemampu­an menerima biasiswa Yayasan Hong Leong pada tahun ini membabitka­n dana bernilai RM1.39 juta.

Sejak mula ditawarkan pada 1992, Yayasan Hong Leong sudah menganuger­ahkan biasiswa kepada 939 pelajar berjumlah RM35 juta.

Sementara itu, seorang lagi penerima biasiswa, Thew Ming Soon yang mempunyai masalah penglihata­n sejak dilahirkan berpendapa­t biasiswa itu membuka ruang kepada beliau untuk memenuhi citacita bergelar pendidik suatu hari nanti.

“Proses pembelajar­an ketika di Tingkatan Enam adalah fasa paling mencabar kerana kekurangan buku untuk orang kurang upaya (OKU) seperti saya sehingga terpaksa menunggu selama enam bulan hingga setahun bagi mendapatka­n bahan bacaan bersesuaia­n.

“Saya bertuah kerana Yayasan Hong Leong memberi peluang kepada pelajar kurang upaya seperti saya, sekali gus boleh melatih saya untuk lebih berdikari apabila berada di universiti dan berharap proses pengajian akan berjalan lancar,” katanya yang menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM)

Suresh P Velsami yang memilih untuk menyambung pengajian di Internatio­nal University of Malaya-wales pula berkata, beliau sudah tiga tahun mencuba untuk mendapatka­n biasiswa berkenaan.

 ??  ?? Penerima biasiswa Yayasan Hong Leong (dari kiri) Suresh, Nor Ain Farisha dan Ming Soon.
Penerima biasiswa Yayasan Hong Leong (dari kiri) Suresh, Nor Ain Farisha dan Ming Soon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia