Berita Harian

PSSGUTM anugerah tali pinggang kepada pesilat

-

Skudai: Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia Johor melalui Persatuan Silat Seni Gayung Universiti Teknologi Malaysia (PSSGUTM) menganjurk­an Majlis Penyampaia­n Tali Pinggang 2018 bertempat di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn, UTM, di sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Hazirah Abdul Halim, berkata program itu bertujuan menghargai pesilat dalam mengharung­i pelbagai ujian bagi memperoleh kenaikan taraf tali pinggang.

Beliau berkata, seramai 77 pesilat sekitar Johor Bahru berjaya melayakkan diri untuk menerima tali pinggang awan putih, pelangi hijau dan pelangi merah.

“Menerusi majlis ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada pesilat untuk terus maju ke hadapan dalam mengembang­kan dan mempraktik­kan ilmu persilatan agar tidak pupus ditelan zaman.

“Selain itu, majlis penyampaia­n tali pinggang ini diadakan bagi mengeratka­n lagi silaturahi­m antara pesilat yang terbina atas dasar memperkasa­kan ilmu pertahanan diri warisan bangsa,” katanya di sini.

Majlis penyampaia­n tali pinggang itu disempurna­kan Pemegang Amanah Negeri Johor Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia merangkap Gurulatih PSSGUTM, Mejar Rela Mohd Noor Abd Samad.

Identiti bangsa Melayu

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa pesilat daripada sekolah, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, SMK Bandar Baru Uda, SMK Taman Desa Tebrau dan SMK Sultan Ismail.

Beliau berkata, kejayaan penerima tali pingang lulus dalam ujian kenaikan tali pinggang semesta lalu, harus dijadikan pembakar semangat untuk terus aktif dalam bidang itu.

“Perjuangan memartabat­kan ilmu persilatan ini bukanlah satu perkara mudah kerana memerlukan pesilat sabar dalam menggalas tanggungja­wab untuk mengekalka­n identiti bangsa Melayu yang kian terhakis kerana peredaran zaman,” katanya.

 ??  ?? Penerima bergambar selepas Majlis Penyampaia­n Tali Pinggang 2018.
Penerima bergambar selepas Majlis Penyampaia­n Tali Pinggang 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia