Berita Harian

Na’imullah jana pendapatan dengan menjual biskut

Mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan ambil stok daripada ibu rakannya

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Minat berniaga dan pada masa sama mahu mendapatka­n duit poket mendorong Muhammad Na'imullah Azemi, 19, menceburi dunia perniagaan dengan menjual biskut buatan sendiri iaitu Ciscuitsma­ma sejak dua bulan lalu.

Pelajar Sijil Kulinari, Kolej Komuniti Kuantan (KKK) itu memulakan perniagaan secara kecilkecil­an dengan mengambil stok daripada ibu rakannya yang juga pengasas produk berkenaan.

Baginya, walaupun seka- dar menjadi ejen, bukan keuntungan yang dikejar semata-mata, sebaliknya beliau ingin mendapatka­n kemahiran dalam selokbelok perniagaan.

“Saya menjadi ejen dengan menjual produk berkenaan secara COD (bayar waktu terima) dan Alhamdulil­lah, saya mampu memperoleh pendapatan antara RM100 hingga RM200 sehari.

“Menjadi ejen tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan, sebaliknya hanya mempromosi kepada rakan atau secara dalam talian,” katanya.

Keinginan untuk membantu keluarga dan mencari duit poket untuk perbelanja­an di kampus turut mendorongn­ya menceburi bidang berkenaan.

Sambutan baik

Beliau mula tertarik untuk berkecimpu­ng dalam perniagaan berkenaan selepas mendapati produk yang dijual secara dalam talian itu menerima sambutan baik daripada orang ramai.

“Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari kerana teknologi yang canggih kini membolehka­n pengguna internet membeli belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat, malah seluruh negara,” katanya.

Beliau menyifatka­n menjadi ejen tidak akan mengganggu masa kuliah atau tugasan sepanjang pengajian kerana masa yang diperuntuk­kan agak fleksibel.

“Perniagaan ini sama sekali tidak mengganggu pengajian saya kerana rakan lain banyak membantu dari segi tugasan yang diberikan oleh pensyarah,” katanya yang bercita-cita menjadi tukang masak dengan membuka restoran sendiri.

 ??  ?? Muhammad Na’imullah membuat penghantar­an secara COD (bayar waktu terima) dengan menaiki motosikal.
Muhammad Na’imullah membuat penghantar­an secara COD (bayar waktu terima) dengan menaiki motosikal.
 ??  ?? Ciscuitsma­ma yang mendapat tempat dalam kalangan penggemar biskut di negara.
Ciscuitsma­ma yang mendapat tempat dalam kalangan penggemar biskut di negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia