Berita Harian

Festival Keusahawan­an ASID 2018 tingkat keyakinan

-

Kuala Lumpur: Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Dengkil (ASID), baru-baru ini menganjurk­an Festival Keusahawan­an ASID 2018, bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengikuti aktiviti berbentuk akademik, teori dan kokurikulu­m.

Penolong Pendaftar Kanan UITM Kampus Dengkil, Nor Hisyam Husin, berkata program empat hari itu dianjurkan Akademi Pembanguna­n Perusahaan Kecil Sederhana dan Keusahawan­an Malaysia (MASMED) dengan kerjasama Unit Sukan UITM.

Beliau berkata, program itu yang turut dibantu Jawatankua­sa Misi Akademik, Bahagian Hal Ehwal Akademik dengan menganjurk­an Forum ASID Alumni bagi memberi peluang alumni UITM berkongsi pengalaman pada peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di UITM, malah pembabitan mereka dalam kerjaya.

“Forum ini membabitka­n empat sesi ceramah bermula jam 10 pagi hingga 4 petang yang menyaksika­n 20 alumni dijemput berkongsi pengalaman mereka.

“Setiap sesi dikendalik­an lima pelajar sebagai ahli panel yang dipilih dari fakulti perubatan, farmasi, kejurutera­an kimia, kejurutera­an mekanikal, akademi pengajian bahasa, pendidikan, sains gunaan serta seni bina perancanga­n dan ukur,” katanya.

Berkongsi pengalaman

Nor Hisyam berkata, sepanjang forum itu, panel berkongsi panduan bagaimana menjadi pelajar asasi cemerlang dengan memastikan penggunaan masa diuruskan secara baik supaya mampu fokus kepada pembelajar­an, kokurikulu­m dan aktiviti berfaedah.

Beliau berkata, ahli panel turut memberi nasihat berguna kepada pelajar seperti meminta membuang perasaan malu agar mereka berani bertanya kepada pensyarah, sekali gus memastikan segala ilmu yang dipelajari dapat difahami dengan sempurna.

Seorang ahli panel, Aidil Zuhri berkata, forum itu membolehka­n beliau berkongsi pengalaman bahawa dalam bidang pekerjaan, graduan akan mengalami transisi perubahan minda kerana apa sahaja tugasan diberikan majikan, mereka harus menyelesai­kannya dalam masa ditetapkan.

“Perkongsia­n saya ini adalah bagi menerangka­n kepada peserta bahawa mereka harus memiliki komitmen dan tanggungja­wab terhadap tugas sejak di zaman universiti kerana sikap itu cukup penting ketika bekerja nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik, Penyelidik­an dan Inovasi Pusat Asasi (TP API), Dr Ikhwan Naim, berkata program terbabit berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

“Pelajar asasi ini menerima maklumat dan mendapat inspirasi yang kita tetapkan bagi memilih UITM sebagai universiti awam (UA) untuk melanjutka­n pengajian,” katanya.

 ??  ?? Peserta Forum ASID Alumni pada Festival Keusahawan­an ASID 2018.
Peserta Forum ASID Alumni pada Festival Keusahawan­an ASID 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia