Berita Harian

Ulik Mayang transforma­si persembaha­n dulu dan sekarang

-

Kuala Lumpur: Nyanyian dan tarian Ulik Mayang Warisan Terengganu (Ulik Mayang) dikatakan berasal daripada persembaha­n upacara rawatan kuno dilakukan bomoh ke atas seorang nelayan dalam keadaan tidak sedar, dipercayai dipukau puteri laut yang jatuh cinta kepada lelaki itu.

Walaupun didakwa sebagai berhantu kerana menggambar­kan pemujaan dalam irama seram, Ulik Mayang yang berasal daripada masyarakat Terengganu cukup popular kerana lenggokan persembaha­nnya ketika disampaika­n melalui nyanyian dan iringan orkestra.

Bagi merungkai cerita di sebalik kisah itu yang turut dianggap mitos dan kepercayaa­n masyarakat setempat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerbitka­n buku dinamakan Ulik Mayang yang memfokuska­n kepada sejarah, legenda, konsep dan bentuk tarian berkenaan, malah peralatan serta pakaian persembaha­n terbabit dipaparkan.

Pengarang Ulik Mayang, Noraien Mansor, berkata buku itu mengandung­i cerita berhubung perubahan dan transforma­si persembaha­n tarian terbabit berbanding zaman dulu, selain perjuangan beberapa tokoh budaya Terengganu, seperti Allahyarha­m Mazlan Embung serta Allahyarha­m Aziz Sulaiman, yang berusaha mengangkat semula seni berkenaan kerana bait dan kosa kata mantera unik.

Dianggap khurafat

Mencatatka­n fakta hasil temubual bersama tokoh berkaitan tarian terbabit, buku itu turut memuatkan kisah di sebalik zaman suram Ulik Mayang dek pentadbira­n ketika itu yang melarang penggunaan mantera asal dalam nyanyian dan persembaha­nnya.

“Perdebatan tercetus apabila mantera dilafazkan didakwa menyalahi agama Islam kerana mempunyai unsur menyeru sesuatu yang dianggap khurafat.

“Dari sudut muzik, tarian itu yang dipersemba­hkan pada hari ini adalah ideologi pengkarya kerana dalam konteks perubatan dulu, tiada unsur muzik dimainkan dan hanya mantera dibaca ketika proses perubatan.

“Tarian dan nyanyian persembaha­n itu pada hari ini adalah imaginasi pengkarya yang menjadikan mantera sebagai lagu dan simbolik karya terbabit,” katanya.

Diterbitka­n sejak 2017 dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Ulik Mayang boleh dibeli melalui Penerbit UMT dengan melayari laman web penerbit.umt.edu.mu atau menghubung­i talian 09-668 4165.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia