Berita Harian

UITM bakal miliki pusat kecemerlan­gan keselamata­n siber

-

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UITM) akan menubuhkan pusat kecemerlan­gan keselamata­n siber yang dijangka beroperasi pada tahun depan.

Timbalan Naib Canselor (Komuniti Industri dan Hubungan Alumni) UITM, Prof Dr Zaini Abdullah, berkata pihaknya kini dalam proses akhir untuk menyiapkan projek berkenaan dengan kerjasama pihak industri.

“UITM memandang serius isu berkaitan keselamata­n siber. Melalui kerjasama dengan industri, kami berharap dapat menjadi pusat penyelidik­an dan latihan kepada pengurusan keselamata­n siber pada masa depan.

“Kami mempunyai kebolehan untuk menubuhkan pusat berkenaan melalui gabungan pelbagai fakulti yang dimiliki oleh UITM,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup pertanding­an ihack 2018, di sini, baru-baru ini.

Isu pertahanan komputer

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Keselamata­n Rangkaian dan Sektor Penguatkua­saan, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Moh Yasin.

ihack 2018 dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembang­an semasa dan isu berkaitan sistem pertahanan komputer serta jenayah siber melalui siri ceramah yang diadakan.

Penganjura­n kali ini membawa kelainan apabila proses saringan bagi kategori

Hacking, Defense and Forensic Competitio­n diadakan lebih awal secara dalam talian untuk memilih 20 pasukan terbaik bertanding pada peringkat akhir.

Pasukan Hashcow dari Asia Pacific University’s (APU) dipilih sebagai juara bagi kategori Hacking, Defense and Forensic manakala pasukan I-fratenity yang mewakili UITM menjuarai kategori

Cyber Security and Digital Forensic Innovation Challenge.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM6,000 dan RM1,500 serta sijil penghargaa­n.

 ??  ?? Zulkarnain (lima dari kiri) dan Prof Zaini (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang kategori Hacking, Defense and Forensic Competitio­n sempena ihack 2018.
Zulkarnain (lima dari kiri) dan Prof Zaini (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang kategori Hacking, Defense and Forensic Competitio­n sempena ihack 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia