Berita Harian

KPS raih kontrak bekal RM162.5J bahan kimia

-

Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) menerusi anak syarikatny­a, Aqua-flo Sdn Bhd (Aqua-flo) meraih kontrak tender terbuka bernilai RM162.5 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi membekalka­n dan menghantar bahan kimia.

KPS dalam satu kenyataan berkata, menerusi kontrak itu, Aqua-flo akan membekalka­n bahan kimia untuk loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tempoh dua tahun berkuatkua­sa 1 November 2018.

“Kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada KPS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 hingga 2020,” katanya.

Peneraju pasaran

Ketua Pegawai Eksekutif KPS, Ahmad Fariz Hassan, berkata kontrak yang diraih menerusi tender terbuka itu mengukuhka­n status Aqua-flo sebagai antara peneraju pasaran dalam pembekalan bahan kimia untuk rawatan air.

“Aqua-flo memelihara kualiti air di Selangor sejak 1994 dan kami meletakkan keyakinan berterusan bahawa Air Selangor dapat menyediaka­n air minuman dengan standard antarabang­sa di negeri berkenaan. Dalam menetapkan matlamat lebih tinggi, kami mahu perkhidmat­an Aqua-flo terus berkembang menjangkau­i Selangor.

“Setakat ini, kami sudah memulakan pembekalan bahan kimia untuk loji rawatan air di lima negeri lain. Berdasarka­n perkembang­an ini, kami yakin dapat meraih lebih banyak kontrak pada masa depan,” katanya.

KPS menguasai 51 peratus pegangan dalam Aqua-flo.

Pada Mei 2016, Aqua-flo meraih tiga kontrak daripada PNSB Water Sdn Bhd, Konsortium ABASS Sdn Bhd dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd, membabitka­n nilai terkumpul berjumlah RM98 juta bagi tempoh dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia