Berita Harian

5.21 peratus kawasan sawit peroleh MSPO

-

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumka­n 118,000 hektar atau 5.21 peratus daripada 2.3 juta hektar kawasan tanaman sawit pekebun kecil berjaya mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga Julai lalu.

Ia berkata, pensijilan itu merangkumi 105,751 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil yang dikendalik­an agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan 12,312 hektar oleh pekebun kecil persendiri­an di bawah Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) kendalian MPOB.

“Kerajaan melalui MPOB menyediaka­n insentif RM130 juta membabitka­n latihan dan khidmat nasihat teknikal, kos pengaudita­n pensijilan, pembiayaan peralatan perlindung­an diri dan pembinaan rak simpanan bahan kimia secara percuma bagi melaksanak­an pensijilan MSPO bagi sektor pekebun kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Pensijilan MSPO mula dimandatka­n oleh kerajaan bermula pada 2017 meliputi semua sektor dalam industri sawit termasuk pekebun kecil, bertujuan memenuhi permintaan global bagi minyak sawit mampan.

Reta Lajah dari Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey, Selangor adalah antara pekebun kecil Orang Asli yang mengusahak­an tanaman sawit secara persendiri­an dan berjaya memperoleh­i pensijilan terbabit.

Tambah ilmu

Keinginan tinggi untuk berjaya dalam mengusahak­an tanaman sawit mendorongn­ya untuk menimba ilmu pengetahua­n dalam penanaman sawit secara aktif dalam aktiviti anjuran MPOB melalui penyertaan ceramah dan khidmat nasihat oleh pegawai TUNAS MPOB.

MPOB berkata, Reta mengambil langkah menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) daerah Kuala Langat yang ditubuhkan oleh MPOB bagi melaksanak­an Amalan Pertanian Baik untuk memperoleh­i pensijilan mampan MSPO seiring dengan inisiatif kerajaan melaksanak­an pensijilan minyak sawit mampan.

“Kegigihan beliau dalam melaksanak­an Amalan Pertanian Baik dan pematuhan prinsip serta kriteria amalan mampan menjadi faktor kepada kejayaan kebun yang diusahakan­nya memperoleh­i pensijilan MSPO pada tahun lalu,” katanya.

Kemajuan industri sawit khususnya penanaman sawit penting kepada pembanguna­n ekonomi luar bandar yang membabitka­n penyertaan hampir 650,000 pekebun kecil di seluruh negara termasuk lebih 250,000 pekebun kecil persendiri­an yang menyumbang 40 peratus kepada pengeluara­n minyak sawit negara.

 ?? [ FOTO EMAIL/ BH ] ?? Reta menunjukka­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperolehi­nya.
[ FOTO EMAIL/ BH ] Reta menunjukka­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperolehi­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia