Berita Harian

Pendapatan perkhidmat­an Digi RM1.475B

-

Digi.com Bhd (Digi) mencatat prestasi kukuh bagi tempoh suku ketiga berakhir 30 September 2018 meraih pendapatan perkhidmat­an berjumlah RM1.475 bilion.

Syarikat telekomuni­kasi tempatan itu dalam satu kenyataan, berkata menerusi pendapatan yang positif itu perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga mengukuh iaitu RM725 juta atau 46 peratus margin.

“Peningkata­n dalam penggunaan data rangkaian kami menjadi penyumbang utama kepada prestasi positif, memacu pertumbuha­n merentas perniagaan internet prabayar dan pascabayar, serta perniagaan digital baharu.

Menyumbang peningkata­n

“Ia menyumbang kepada peningkata­n kepada 11.8 juta pelanggan pada suku dikaji,” katanya.

Digi berkata, pendapatan internet melonjak 18.4 peratus tahun ke tahun kepada RM817 juta dengan 9.0 juta pelanggan internet menggunaka­n data purata 9.1 gigabait (GB) setiap bulan.

Pertumbuha­n pendapatan pascabayar juga menokok 14.9 peratus tahun ke tahun kepada RM640 juta menerusi asas pelanggan lebih kukuh berjumlah 2.7 juta pelanggan.

“Pendapatan prabayar bagaimanap­un, susut 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM835 juta disebabkan persaingan harga data lebih sengit dan permintaan lebih sederhana dalam perkhidmat­an suara dan mesej,” katanya.

Menerusi prestasi kewangan bagi tempoh dikaji juga, Digi mencatat keuntungan bersih kukuh kepada RM368 juta dengan 23 peratus margin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia