Berita Harian

Jaya Grocer mahu buka tiga lagi cawangan

-

Jaya Grocer akan membuka tiga lagi cawangan dalam tempoh sehingga Mac 2019 dalam usaha mengembang­kan operasinya.

Dua cawangan baharu itu bakal dibuka di Lembah Klang dan satu di wilayah selatan.

Pengasas Jaya Grocer, Teng Yew Huat, berkata pihaknya merancang untuk membuka antara tiga hingga lima cawangan setiap tahun.

“Kami sentiasa mencari lokasi baharu untuk menambah lagi cawangan supaya dapat menerima lebih ramai pelanggan.

“Kami menjangkak­an jadual yang lebih ketat untuk tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada pada majlis pembukaan cawangan pertama Jaya Grocer di Georgetown, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Operasi Jaya Grocer, Daniel Teng dan Pengasas Hunza Group, Datuk Seri Khir Teng Tong. Merangkumi keluasan 25,000 kaki persegi, cawangan di Gurney Paragon Mall itu membabitka­n pelaburan RM6 juta dan ia cawangan ke- 28 Jaya Grocer.

Kira-kira 4,000 kaki persegi dikhaskan untuk kedai makanan dan minuman, yang mana pelanggan boleh menikmati perkhidmat­an ‘cook-for-you’ apabila Grocer Canteen dibuka menjelang akhir tahun.

Mengukuhka­n kedudukan

Yew Huat berkata, pembukaan cawangan itu bagi mengukuhka­n kedudukan Jaya Grocer di wilayah utara selepas membuka satu cawangan di Ipoh, Perak, dua tahun lalu.

“Ini adalah lokasi terbaik berbanding lima cawangan besar yang lain. “Gurney Paragon Mall adalah pilihan tepat kerana mempunyai campuran penyewa dan lokasi yang kondusif,” katanya sambil menambah pihaknya sememangny­a mempunyai rancangan untuk membuka cawangan di Pulau Pinang.

 ?? [ FOTO DANIAL SAAD /BH ] ?? Yew Huat (dua dari kiri) bersama Teng Tong (kanan) meninjau produk jualan pada majlis pembukaan cawangan pertama Jaya Grocer di Georgetown, semalam.
[ FOTO DANIAL SAAD /BH ] Yew Huat (dua dari kiri) bersama Teng Tong (kanan) meninjau produk jualan pada majlis pembukaan cawangan pertama Jaya Grocer di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia