Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat semalam, berikutan data industri menunjukka­n penurunan mengejut inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) serta ketegangan berhubung kehilangan wartawan Arab Saudi.

Minyak mentah Brent meningkat 40 sen kepada AS$81.81 satu tong pada 0755 GMT, selepas naik AS$1.15 pada tiga sesi dagangan sebelum ini.

Penanda aras global itu, yang mencecah paras rendah dua minggu pada minggu lalu susulan kejatuhan pasaran ekuiti, kini diniagakan AS$5 di bawah paras tinggi empat tahun, AS$86.74 yang dicapai pada 3 Oktober.

Minyak mentah light AS meningkat 30 sen kepada AS$72.22.

“Angka daripada Institut Petroleum Amerika (API) mengejutka­n pasaran (pada Selasa), dengan inventori minyak mentah AS menyusut hampir 2.13 juta tong pada minggu lalu,” kata pakar strategi ING, Warren Patterson.

Kajian Reuters menjelang data API menjangkak­an stok minyak mentah meningkat kira-kira 2.2 juta tong.

Stok petrol AS menyusut 3.4 juta tong, manakala stok bahan api disuling merosot 246,000 tong, demikian menurut data API.

Selain itu, kehilangan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi sejak dua minggu lalu selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul, turut mendorong sentimen.

Arab Saudi sebelum ini menyatakan akan membuat siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, sebelum berlepas dari negara itu ke Turki.

Pelabur kini bimbang terhadap kemungkina­n Arab Saudi akan menggunaka­n minyak sebagai alat untuk membalas dendam terhadap pengkritik­nya.

Presiden Rittersbus­ch and Associates, Jim Ritterbusc­h, berkata Arab Saudi mampu mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah sehingga 500,000 tong sehari, sebagai amaran sekiranya AS melaksanak­an sebarang sekatan terhadap negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia