Berita Harian

Pasaran tempatan ditutup tinggi

Pelabur tunggu kajian separuh penggal RMKE-11

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam seiring dengan prestasi di pasaran serantau menjelang kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE11) yang akan dibentang di Parlimen hari ini.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.75 mata kepada 1,740.59 berbanding paras penutup 1,736.84 pada Selasa.

Indeks itu dibuka 4.69 mata kepada 1,741.53 dan bergerak antara paras 1,737.29 dan 1,742.8 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata ekuiti Asia meningkat selepas laporan pendapatan Amerika Syarikat (AS) yang positif membantu Wall Street pulih semula dan memulihkan keyakinan pelabur terhadap saham dan mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Beliau berkata, pelabur juga menunggu kajian separuh penggal RMKE11 untuk melihat petunjuk seterusnya dasar dan hala tuju kerajaan dari segi meningkatk­an ekonomi Malaysia bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

“Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengatakan kajian separuh penggal itu akan menumpukan untuk memulihkan keyakinan,” katanya.

Pada peringkat serantau, Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 1.29 peratus kepada 22,841.12, Indeks Komposit Shanghai China naik 0.6 peratus kepada 2,561 dan Indeks Kospi Korea menokok 1.04 peratus kepada 2,167.51.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 538 berbanding 275, dengan 363 kaunter tidak berubah, 722 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan tinggi sebanyak 2.02 bilion unit bernilai RM2.08 bilion berbanding 1.52 bilion unit bernilai RM1.61 bilion pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank dan Petronas Chemicals naik empat sen setiap satu masingmasi­ng kepada RM9.59 dan RM9.44.

Public Bank dan CIMB tidak berubah masingmasi­ng pada RM24.98 dan RM6.03.

TNB susut dua sen kepada RM14.60.

Bagi kaunter cergas, MRCB naik 7.5 sen kepada 79.5 sen dan Hibiscus Petroleum menambah tiga sen kepada RM1.28.

Tiger Synergy turun setengah sen kepada 6.5 sen dan Barakah Offshore susut dua sen kepada 10.5 sen, manakala Borneo Oil tidak berubah pada 5.5 sen.

Indeks FBM Emas Index meningkat 39.729 mata kepada 12,048.68, Indeks FBM Emas Shariah naik 46.91 mata kepada 12,070.88 dan Indeks FBMT 100 menokok 29.62 mata kepada 11,871.58.

Indeks FBM Ace menambah 64.47 mata kepada 5,056.86 dan FBM 70 melonjak 50.46 mata kepada 13,912.4.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 25.04 mata kepada 7,426 dan Indeks Produk dan Perk hidmatan Perindustr­ian menokok 0.71 mata kepada 172.92 manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 13.779 mata kepada 17,575.66.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.62 bilion saham bernilai RM1.98 bilion daripada 946.76 juta saham bernilai RM1.5 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran turun kepada 205.37 juta unit bernilai RM27.64 juta daripada 331.51 juta unit bernilai RM68.96 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 294 juta saham bernilai RM63.67 juta daripada 247.95 juta saham bernilai RM43.56 juta sebelumnya.

Produk dan Perkhidmat­an pengguna menyumbang 179.58 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (345.4 juta), pembinaan (412.05 juta), teknologi (129.58 juta), SPAC (109,000), perkhidmat­an kewangan (45.74 juta), hartanah (258.7 juta), perladanga­n (32.02 juta), REITS (2.46 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (282.87 juta), penjagaan kesihatan (25.48 juta), telekomuni­kasi dan media (26.33 juta), pengangkut­an dan logistik (12.83 juta) dan utiliti (42.82 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia