Berita Harian

Saham Tokyo pengaruhi kenaikan di Asia

-

Tokyo berakhir lebih tinggi semalam dengan sentimen pelabur yang didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh, mencetuska­n rali di Wall Street dan mengangkat saham di Asia.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 1.29 peratus atau 291.88 mata kepada 22,841.12, sementara indeks meluas Topix menambah 1.54 peratus atau 25.96 mata pada 1,713.87.

Sentimen pasaran lebih menyerlah di Asia, selepas saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah meneruskan keuntungan dalam pelbagai faktor termasuk perolehan perniagaan AS yang kukuh, ketegangan antara Itali dan Kesatuan Eropah (EU) mengenai lebi han perbelanja­an Rom serta berharap ada perkembang­an baharu daripada rundingan Brexit.

Tokyo turut menerima rangsangan daripada pengukuhan dolar.

Unit AS berada sekitar 112.25 yen di Tokyo selepas mencecah 112.26 di New York, paras tertinggi berbanding 111.95 yen yang dicatatkan pada awal minggu ini.

“Pelabur meraih keuntungan saham AS didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh serta kestabilan relatif hasil bon AS,” kata Okasan Online Securities dalam notanya.

“Indeks Nikkei memulakan hari (semalam) dengan prestasi positif. Dolar berlegar sekitar bawah 112 yen. Penyusutan yen turut merangsang sentimen,” kata broker berkenaan.

Keuntungan kukuh dalam teknologi AS turut meningkatk­an saham IT berpangkal­an di Tokyo.

 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Pengukuhan dolar AS bantu prestasi pasaran saham Tokyo.
[ FOTO HIASAN] Pengukuhan dolar AS bantu prestasi pasaran saham Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia