Berita Harian

Melbert 2.0 dilengkapi motosikal elektrik

Pasukan Tindakan Kecemasan Hospital Melaka tumpu kawasan orang ramai

- Oleh Noor Azurin Mohd Sharif cnews@nstp.com.my

Pasukan Tindakan Kecemasan Melaka (Melbert) 2.0 Hospital Melaka akan menggunaka­n motosikal elektrik, dalam memberikan bantuan kecemasan segera kepada orang ramai di kawasan tumpuan sekitar negeri ini.

Sebelum ini, pasukan diperkenal­kan pada 2016 terdiri daripada penolong pegawai perubatan dan jururawat, dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka itu hanya menggunaka­n basikal.

EXCO Kesihatan, Low Chee Leong, berkata susulan usaha itu kerajaan negeri bercadang untuk memberikan peruntukan supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih meluas.

Jalan raya sesak

“Saya menyokong penuh perkhidmat­an Melbert 2.0 memandangk­an keadaan jalan raya di negeri ini, khususnya kawasan bandar raya sesak dan sempit.

“Jika berlaku kes kecemasan, ambulans agak sukar untuk tiba.

“Jadi kita (kerajaan negeri) akan bantu dari segi peruntukan, supaya kawasan perkhidmat­an Melbert 2.0 dapat diperluask­an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar 4th National Paramedic Emergency Update Melaka 2018 (ipremium IV) di Bukit

Katil di sini, semalam.

Seramai 300 kakitangan perubatan dan kecemasan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah seluruh negara, menghadiri seminar bagi memantapka­n pengetahua­n berkaitan rawatan dan pengurusan kecemasan untuk anggota paramedik.

Yang turut hadir, Ketua Perkhidmat­an Kecemasan negeri, Dr Mohammad Fadhly Yahya.

Chee Leong berkata, untuk permulaan kerajaan menyumbang seunit motosikal elektrik untuk kegunaan Melbert 2.0, menjadikan jumlah keseluruha­n masing-masing dua motosikal elektrik dan basikal.

Sementara itu, Mohammad Fadhly berkata, perkhidmat­an secara percuma itu adalah inisiatif pasukan perubatan berbasikal Hospital Melaka.

Pasukan ini dibekalkan dengan kit pertolonga­n cemas dan mesin Automated External Defibrilla­tion (AED) bagi memberikan pertolonga­n cemas, termasuk kes serangan jantung kepada orang ramai mahupun pelancong.

 ?? [FOTO NOOR AZURIN MOHD SHARIF /BH] ?? Chee Leong (tiga dari kiri) merasmikan seminar 4th National Paramedic Emergency Update Melaka 2018 di sebuah resort di Bukit Katil, semalam.
[FOTO NOOR AZURIN MOHD SHARIF /BH] Chee Leong (tiga dari kiri) merasmikan seminar 4th National Paramedic Emergency Update Melaka 2018 di sebuah resort di Bukit Katil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia