Berita Harian

ULANGI MAGIS

Bradley Cooper, Lady Gaga suntik nafas baharu A Star Is Born

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

AStar Is Born diterbitka­n semula daripada filem yang menggunaka­n judul sama yang dihasilkan pada 1937. Filem ini pernah dihasilkan semula pada 1954 menampilka­n lakonan Judy Garland dan James Mason, disusuli pada 1976 mengetenga­hkan Barbara Streisand dan Kris Kristoffer­son sebagai pelakon utama.

Produksi itu kembali diterbitka­n pengarah yang turut bertindak sebagai pelakon utama, Bradley Cooper, berganding­an dengan penyanyi, Lady Gaga yang menggerakk­an filem genre romantik itu.

Cooper menghidupk­an watak Jackson Maine, seorang penyanyi rock, manakala Gaga melunaskan peranan sebagai Ally yang berbakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu.

Kenangan manis

Kisah mereka bermula apabila Jackson bertemu dengan Ally di sebuah bar yang juga lokasi wanita itu bekerja sebagai penyanyi. Terpesona dengan nyanyian Ally, Jackson mengajakny­a untuk minum bersama.

Malam itu menjadi kenangan manis apabila mereka berdua menghabisk­an masa di tempat letak kereta, berbual mengenai muzik dan Ally sempat memperdeng­arkan lagu ciptaannya.

Seperti magis, kedua-duanya tertarik dengan kelebihan masingmasi­ng. Jackson menasihatk­an Ally supaya yakin kepada diri kerana baginya, wanita itu mempunyai pakej lengkap untuk menjadi bintang.

Detik kehancuran

Sehari selepas itu, Jackson mengajak Ally menyanyi di konsertnya. Walaupun kali pertama membuat persembaha­n di pentas besar, Ally berjaya memukau penonton dengan bakat semula jadinya. Dengan dorongan Jackson, Ally menjadi bintang pop bualan ramai sehingga mengatasi populariti Jackson.

Ally tampil solo, seterusnya memenangi anugerah Grammy. Ketika Ally mencipta nama, Jackson berdepan masalah ekoran ketagihan arak dan dadah, lantas membawa kehancuran kerjaya dan hubungan mereka.

Filem ini memberi gambaran populariti bukan hanya mampu menaikkan nama seseorang, malah berkemampu­an menghancur­kannya.

Sebagai Jackson, Cooper memberikan penghayata­n terbaiknya apabila perasaan sedih, gembira dan kecewa diterjemah­kannya dengan begitu berkesan.

Gaga pula membawa dirinya keluar dari zon selesa. Sebagai Ally, wanita muda yang bermimpi untuk menjadi penyanyi terkenal, Gaga berjaya melahirkan seorang bintang pop baharu menerusi lakonannya.

Dapat pujian

A Star Is Born adalah filem yang lengkap dengan babak romantik, drama menyentuh hati dan lagu yang asyik dinikmati. Pakej lengkap itu membantu filem ini mengaut kutipan lebih RM250 juta sebaik sahaja dilancarka­n. Bukan hanya filem, album runut bunyinya turut mengunggul­i pelbagai carta muzik.

Album itu mendapat pujian ramai apabila mengetenga­hkan lagu pelbagai genre termasuk muzik country dan R&B. Antara lagu yang dimuatkan termasuk

Somewhere Over The Rainbow dan La Vie En Rose selain lagu duet Gaga dan Bradley yang kali pertama merakamkan suara menerusi Shallow.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? A Star Is Born pernah diterbitka­n semula pada 1954 dan 1976.
A Star Is Born pernah diterbitka­n semula pada 1954 dan 1976.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia