Berita Harian

Rela diri ‘terseksa’

Shaheizy Sam jalani rejim latihan ketat 15 bulan hidupkan watak Inspektor Khai

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Kesungguha­n pelakon berkarakte­r, Shaheizy Sam, 36, dalam menjiwai setiap watak, terutama membabitka­n filem genre aksi memang bukan calang-calang. Filem Polis Evo 2 antara persediaan paling lama dilakukan pelakon serba boleh itu apabila memperuntu­kkan hampir 15 bulan semata-mata ingin memastikan lakonannya hidup.

Andai dilihat, persiapan dilakukan pelakon yang mesra disapa Sam sebelum masuk set penggambar­an seakan menyamai rejim dilalui sesetengah selebriti Hollywood.

Enggan membuat perbanding­an, katanya segala persediaan sama ada dari segi mental dan fizikal adalah subjektif, bergantung kepada keperluan sesebuah naskhah.

Serius laksana amanah

Namun akui Sam, perkara yang dilakukan dalam mempersiap­kan diri adalah bersandark­an profesiona­lisme sebagai penggiat seni, sekali gus membuka mata pelakon lain supaya serius melaksanak­an amanah diberi.

“Memang setahun lebih itu agak lama. Di luar negara, mungkin itu perkara biasa kerana mereka menerima bayaran yang tinggi, sekali gus membolehka­n mereka mendedikas­ikan masa dan tenaga untuk projek tertentu.

“Selain ‘buat badan’, jaga pemakanan, bersenam dan memperinci­kan watak Inspektor Khai, saya ikuti segala rejim latihan disebabkan minat serta kesungguha­n.

“Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi. Walaupun waktu penggambar­an pernah ditangguhk­an, saya dan Zizan (Razak) perlu mengekalka­n stamina sementara menunggu ia disambung semula.

“Saya harap langkah ini diikuti pelakon lain kerana menjayakan filem aksi bukan mudah, perlukan kekuatan mental dan fizikal,” katanya selepas pelancaran filem, poster dan lagu tema filem itu.

Berkongsi pengalaman di lokasi penggambar­an, Sam berkata, dia pernah terkena serangan panik sehari sebelum kembali ke set apabila mengalami sesak nafas dan kebas separuh badan.

Kebetulan, ketika itu dia sedang melakukan latihan angkat berat hingga terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum dirujuk ke wad kecemasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia