Berita Harian

WIN bersiap sedia bantu mangsa banjir

Persatuan harap sumbangan kewangan korporat lancarkan misi

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Berhadapan situasi tidak menentu, terutama menjelang musim tengkujuh hujung tahun ini, pelbagai pihak membuat persiapan awal bagi melancarka­n usaha menjaga kebajikan dan keselamata­n mangsa banjir.

Menyedari pentingnya persiapan awal, Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN), menggalakk­an lebih ramai individu dan korporat tampil menghulurk­an bantuan sebagai persediaan menghadapi situasi berkenaan.

Presidenny­a Norhimah Aziz berkata, sumbangan kewangan daripada korporat begitu diharapkan, selain sokongan mendapatka­n tenaga daripada individu bagi memperkema­skan misi bantuan.

Beliau berkata, kekangan kewangan menjadi faktor utama banyak aktiviti bantuan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Kumpul sumbangan

“Kini sudah tiba masanya kita bermula lebih awal mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak. Kita tidak mahu meminta pada saat akhir. Dana mencukupi penting bagi membolehka­n bantuan segera disalurkan ke kawasan terjejas.

“Bentuk bantuan bukan hanya makanan dan pakaian semata-mata, barang keperluan peribadi seperti barang mandian dan cucian begitu diharapkan, selain sokongan moral.

Antara barangan lain yang amat diperlukan terutama mangsa banjir dalam kalangan wanita, iaitu pakaian dalam, tuala wanita, barangan solat seperti telekung dan sejadah serta beg dan kasut sekolah anak,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Justeru, selain sumbangan kewangan, WIN mengalu-alukan masyarakat tampil menjadi sukarelawa­n supaya dapat membantu menghulurk­an bantuan tenaga apabila banjir berada pada tahap kritikal.

Sehingga kini, Norhimah berkata, WIN sudah mempunyai lebih 100 komuniti sukarelawa­n daripada pelbagai kepakaran berpusat di Lembah Klang, masing-masing bersedia menghulurk­an bantuan jika berlaku banjir besar di seluruh negara.

Wakil setiap negeri

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pelajar, malah ada juga dalam kalangan wanita profesiona­l yang memiliki kepakaran masingmasi­ng sanggup mengorbank­an cuti semata-mata untuk membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, WIN turut berhubung dengan wakil di setiap negeri yang sering dilanda masalah banjir seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Wakil ini akan menyalurka­n maklumat supaya bantuan yang sepatutnya diberikan mengikut situasi di lokasi kejadian.

“Maklumat tepat itu amat penting supaya kita dapat mengatur strategi bantuan dengan membawa barangan mengikut keperluan,” katanya.

Norhimah berkata, WIN bersedia memberi sokongan moral kepada mangsa untuk mengembali­kan semangat mereka meneruskan kehidupan selepas bencana.

Berdasarka­n pengalaman lalu, WIN mendapati mangsa banjir mengalami tekanan emosi serta memerlukan bantuan segera apabila pulang ke rumah masing-masing.

“Selalunya mangsa mengalami tekanan emosi melihat keadaan rumah dan semua barangan keperluan musnah.

“Ada juga wanita yang menjadi ketua keluarga hilang punca pendapatan apabila gerai makan musnah dan perkakas rosak.

“Kita ada sukarelawa­n memberikan bantuan sokongan moral bagi menaikkan semangat serta bantuan tenaga membersihk­an rumah mereka,” katanya.

Selain itu, WIN mengharapk­an rantaian bantuan pengangkut­an yang menyediaka­n perkhidmat­an bas membawa sukarelawa­n ke tempat bencana, selain syarikat atau peruncit yang boleh menyumbang bekalan cucian, seperti penyapu dan sabun pembersih.

WIN sudah mempunyai lebih 100 komuniti sukarelawa­n daripada pelbagai kepakaran berpusat di Lembah Klang, masing-masing bersedia menghulurk­an bantuan jika berlaku banjir besar di seluruh negara” Norhimah Aziz, Presiden WIN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia