Berita Harian

Bijak rancang belanja, miliki simpanan kritikal

-

Shah Alam: Wanita perlu bijak mengawal perbelanja­an dengan menyediaka­n belanjawan harian secara berhemat ketika berhadapan situasi ekonomi masa kini.

Perancanga­n bajet penting supaya mereka dapat menganggar­kan perbelanja­an perlu dengan mengambil kira perolehan bagi mengelak membeli barangan tidak perlu.

Ahli Perniagaan, Datin Seri Superti Bareu, berkata dalam merancang, wanita juga perlu bijak dengan membuat simpanan sendiri dan kegunaan keluarga.

Perbelanja­an berhemat penting bagi mengelak berlaku bebanan hutang tidak perlu. Agihkan wang untuk melangsaik­an hutang secara bulanan bagi mengelak tunggakan.

“Anda boleh gunakan kaedah melangsaik­an hutang berfaedah tinggi terlebih dahulu. Contoh baki kad kredit bagi mengelakka­n faedah tinggi dikenakan institusi kewangan berkenaan,” katanya.

Superti berkata demikian pada majlis sesi perbincang­an perancanga­n pengurusan kewangan dan panduan memulakan perniagaan anjuran Top5 dengan kerjasama Argrobank, di sini, baru-baru ini.

Miliki pelan persaraan

Beliau yang juga penasihat syarikat pencuci pakaian Top5, berkata setiap wanita perlu mempunyai simpanan kritikal sama jumlahnya dengan perbelanja­an bulan. Superti yang juga Penasihat Persatuan Pengusaha Ayam Kampung Semalaysia, berkata wanita perlu mulakan pelan persaraan bagi membolehka­n kehidupan pada usia emas lebih selesa tanpa bebanan kewangan.

“Bermodalka­n simpanan ini, wanita berkeluarg­a atau tidak berkahwin boleh meneruskan hidup dengan lebih selesa terutama jika berlaku kecemasan.

“Antara simpanan waktu kritikal yang boleh dipertimba­ngkan ialah insurans, terutama perlindung­an kesihatan dan hilang upaya,” katanya.

Superti berkata, penting untuk wanita tidak kira suri rumah atau profesiona­l meningkatk­an pengetahua­n mengenai kemahiran perancanga­n kewangan.

Beliau berkata, ambil inisiatif meningkatk­an kemahiran dalam bidang itu dengan menyertai seminar, selain meningkatk­an pembacaan mengenai bahan berkaitan.

“Pada masa sama, wanita perlu menerapkan amalan perbelanja­an positif kepada anak seawal usia mereka memulakan alam persekolah­an.

“Anak perlu diajar mengenai cara mengurus perbelanja­an dengan menyimpan baki duit poket atau elaun sekolah masing-masing.

“Latih mereka berbelanja dengan bijak untuk membeli permainan hasil daripada simpanan wang saku sekolah,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Wanita perlu bijak urus perbelanja­an elak membeli barang yang tidak perlu.
[FOTO HIASAN] Wanita perlu bijak urus perbelanja­an elak membeli barang yang tidak perlu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia