Berita Harian

Betulkan niat berhias sesuai syariat

-

Keinginan supaya kelihatan cantik memang menjadi fitrah manusia, tetapi umat Islam perlu sentiasa mendahuluk­an syariat agama, sekali gus memastikan tindakan yang diambil tidak mengakibat­kan dosa tanpa disedari.

Bagi wanita, banyak perkara yang perlu dilihat semula yang bermula niat sebenar bersolek, bahan yang digunakan untuk tatarias khususnya sama ada ia boleh dibawa dalam ibadat.

Apatah lagi dengan lambakan alat solek di pasaran yang turut mempromosi sebagai produk ‘mesra wuduk’, ‘mesra solat’ atau ‘mesra ibadat’, wanita Muslimah perlu meneliti kandungan sebenar produk berkenaan bertepatan dengan prinsip ‘halalan toyiban’, iaitu halal dan baik.

Ia bermakna, kandungann­ya daripada bahan mentah bukan saja tidak diragui, bahkan ia juga diproses dengan mengambil kira tiga aspek penting, iaitu suci, bersih dan dalam keadaan yang baik.

Perkara itu perlu diberi perhatian kerana ramai Muslimah khusus yang bekerjaya gemar mengenakan alat solek tetapi kurang mengambil pusing status halal, kebersihan serta kesucianny­a.

Pendakwah, Nor Azian Man, berkata kesucian dan kebersihan menjadi keutamaan dalam Islam sehingga untuk menunaikan solat fardu, kita digalakkan mengambil wuduk yang baharu.

“Allah SWT menyukai orang yang sentiasa menyucikan diri, bukan saja bersih dalaman, iaitu kesucian hati bahkan kebersihan luaran.

“Walaupun kita masih ada wuduk, syariat menggalakk­an mengambil wuduk apabila mahu menunaikan solat kerana banyak hikmahnya.

“Ia termasuk supaya badan kita lebih segar dan bersih kerana Allah SWT serta malaikat tidak menggemari sesuatu yang dalam keadaan kekotoran,” katanya.

Justeru, dalam bab solekan katanya, golongan Muslimah perlu memastikan ia tidak menyukarka­n ibadat, apatah lagi mengundang dosa kepada si pemakai.

Dilarang menunjuk-nunjuk

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanla­h zakat serta taatlah Allah dan Rasul-nya.” (Alahzab: 33)

Menurut Nor Azian, ulama menghuraik­an ayat itu dengan merujuk kepada wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan sengaja ingin menunjuk-nunjuk kepada kaum lelaki.

“Dua perkara ini mengandung­i unsur menyebabka­n pemakaian kita menjadi haram, bahkan Nabi Muhammad SAW menyebut golongan seperti itu akan menjadi penghuni neraka dan tidak mencium bau syurga.

“Dalam konteks solekan, pertama, jangan terlalu melampau sehingga mendapat perhatian ramai.

“Kedua, betulkan niat masingmasi­ng, iaitu bersolek bukan untuk mendapat perhatian lelaki, sebaliknya alasan yang dibolehkan seperti ingin menjaga keaiban muka, menutup cela atau melindungi kulit muka bermasalah,” katanya.

Nor Azian turut menegur sesetengah wanita yang mengenakan alat solek untuk kelihatan hebat dan berniat menunjuk-nunjuk.

“Jika boleh betulkan tujuan kita mengenakan solekan, ia dibolehkan jika dipakai pada tempat diharuskan, iaitu isteri berhias untuk suaminya, manakala wanita bekerjaya pula mengenakan­nya di pejabat supaya tidak nampak pucat, selain berkeyakin­an untuk berkomunik­asi dengan orang sekeliling.

“Jangan kerana terlalu menjaga solekan, malas membasuh muka hingga ada yang solat pada hujung waktu dan memberi alasan untuk qada solat kemudian.

“Ada pula yang beralasan meninggalk­an solat kerana tidak mahu membazir alat solek. Biarlah kita rugi wang di dunia, asal jangan ditimpa azab-nya kemudian,” katanya.

Nor Azian berkata, mengenakan alat solek adalah perkara yang dihalalkan dalam Islam, manakala hukumnya harus.

Bagaimanap­un, ia perlu diteliti terutama kesesuaian untuk dipakai mengikut situasi, keadaan dan tempat, selain mengambil kira jaminan bahan digunakann­ya.

“Kandungan atau bahannya perlu diteliti daripada sumber halal, bukan daripada sumber yang mungkin dicampuri perkara tidak dibenarkan dalam syariat.

“Contohnya, jika menggunaka­n bahan daripada haiwan yang halal dimakan, tetapi cara sembelihan tidak sah, maka ia menjadi bangkai yang tidak boleh diproses termasuk mengambil ekstraknya bagi campuran sesebuah produk sama ada makanan, solekan atau seumpamany­a,” katanya.

Nor Azian berkata, sekiranya produk yang diragui status halal ini dibawa dalam solat, sebelum berwuduk juga tidak dibasuh secara sempurna, maka jelas ia membatalka­n ibadat yang kita lakukan.

Justeru beliau berkata, Muslimah yang mementingk­an penampilan diri dan kerap bersolek, perlu memastikan alat solekan digunakan menepati ciri penting ibadat iaitu ‘mesra wuduk’ dan ‘mesra solat’.

Bagi wanita yang gemar bersolek selepas mengambil wuduk, mereka perlu memastikan bahannya halal, bersih dan tidak mencemarka­n ibadat.

Isu jurusolek lelaki

Sementara itu, Nor Azian turut mengulas solekan untuk lelaki, sama ada ia dibenarkan oleh Islam atau sebaliknya.

“Sesetengah lelaki mengenakan alat solekan untuk menutup cela, seperti memakai pelembap bibir kerana mengalami bibir yang kering, itu tidak ada masalah.

“Asalkan penampilan­nya itu tidaklah sehingga menyerupai perempuan dan terlalu berlebih-lebihan,” katanya.

Mengulas mengenai kebanjiran kaum lelaki berkhidmat sebagai jurusolek katanya, sebolehnya mereka tidak menyolek wanita.

“Tidak salah orang lelaki menjadikan kerjaya jurusolek sebagai sumber pendapatan, cuma perlu menjaga adab ditetapkan dalam Islam.

Jangan kerana terlalu menjaga solekan, malas membasuh muka hingga ada yang solat pada hujung waktu dan memberi alasan untuk qada solat kemudian” Nor Azian Man, Pendakwah

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Muslimah perlu pastikan bahan alat solek suci dan halal.
[FOTO HIASAN] Muslimah perlu pastikan bahan alat solek suci dan halal.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia