Berita Harian

Novel keganasan raih Hadiah Man Booker

Kemenangan Milkman jadikan Burns penulis Ireland Utara pertama dinobat pemenang

-

Pengarang, Anna Burns dinobatkan sebagai penulis Ireland Utara pertama memenangi anugerah sastera berprestij di Britain, Hadiah Man Booker, sekali gus menjadi wanita pertama merangkuln­ya sejak 2013.

Juri anugerah tahunan itu memuji karyanya, Milkman yang menyelongk­ar tiga dekad keganasan akibat perbezaan sektarian yang dikenali sebagai The Troubles melalui suara wanita muda yang disifatkan benar-benar unik.

“Tiada seorang pun daripada kami yang pernah membaca karya seperti ini sebelumnya.

“Watak Anna Burns menjadi suara unik yang mencabar pemikiran konvension­al dan membentuk prosa yang mengejutka­n serta mendalam,” kata Pengerusi Juri Hadiah Man Booker 2018, Kwame Anthony Appiah.

Pengarang berusia 56 itu memberitah­u wartawan selepas acara penganuger­ahan di sini, bahawa beliau ‘betul-betul terkejut’ kerana menerima hadiah sastera berbahasa Inggeris yang paling berprestij berkenaan.

“Saya sebenarnya hanya menunggu watak untuk datang dan berkongsi kisah mereka serta tidak dapat menulisnya hinggalah mereka berbuat demikian,” katanya.

Kalahkan calon kegemaran ramai

Burns menewaskan novelis muda Inggeris, Daisy Johnson - pada usia 27, menjadikan­nya sebagai penulis termuda yang pernah disenarai pendek untuk Man Booker - untuk novelnya, Everything Under.

Beliau turut mengalahka­n calon kegemaran ramai, Richard Powers, yang disebut-sebut bakal meneruskan kemenangan tiga kali berturut-turut untuk penulis Amerika Syarikat (AS) dengan novel, The Overstory.

Burns yang dilahirkan di ibu kota Ireland Utara, Belfast pada 1962 dan kini menetap di selatan England, sebelum ini menghasilk­an dua novel, No Bones dan Little Constructi­ons - serta disenarai pendek untuk Hadiah Fiksyen Orange 2002.

Meskipun berlatarka­n kota yang tidak dinamakan, Milkman tidak dinafikan berasal daripada pengalaman­nya membesar di wilayah British pada era yang dipanggil Troubles.

Novel itu menceritak­an perjuangan saudara tengah dalam keluarga yang terpaksa menghadapi khabar angin, tekanan sosial dan politik di tengah-tengah keganasan sektarian dalam masyarakat­nya.

“Terdapat banyak perkara yang hebat dalam buku ini, tekstur bahasa ditulis dalam suara yang mengagumka­n. Ia novel yang sangat kuat,” kata Appiah.

Appiah berkata, panel lima juri mencapai keputusan sebulat suara selepas mengadakan perbincang­an yang baik.

Beliau menambah meskipun novel itu memperkata­kan banyak isu, termasuk isu gender yang dibangkitk­an oleh gerakan #Metoo, jantina tidak memainkan peranan dalam pemilihan mereka.

“Novel ini akan membantu masyarakat untuk berfikir mengenai #Metoo tetapi kami fikir ia akan menjadi karya yang terus hidup, iaitu ia bukan hanya disebabkan sesuatu perkara yang berlaku pada masa ini,” katanya.

Kemenangan lonjak jualan

Dilancarka­n pada 1969, Hadiah Man Booker pada awalnya hanya terbuka kepada novelis daripada negara Komanwel sebelum syarat kewarganeg­araannya dibuka kepada semua pengarang yang menulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitka­n di United Kingdom (UK) serta Ireland pada 2014.

Burns menjadi pengarang British pertama yang memenangi hadiah itu sejak perubahan berkenaan.

Senarai pendek pada tahun ini dikecilkan daripada 13 - menampilka­n empat pengarang wanita dan dua penulis lelaki.

Senarai itu mengandung­i tiga pengarang British; dua penulis AS dan seorang warga Kanada, Esi Edugyan yang menghasilk­an Washington Black, novel mengenai hamba abdi berusia 11 tahun di ladang tebu Barbados.

Penyair Scotland, Robin Robertson tampil dengan The Long Take yang menjadi buku pertama dalam bentuk prosa dan gambar yang disenarai pendek.

Pengarang AS, Rachel Kushner turut menjadi antara finalis melalui The Mars Room, iaitu kisah berdasarka­n perspektif bekas penari yang menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di penjara wanita AS.

Pemenang Hadiah Man Booker Prize menerima hadiah wang tunai £52,500 (RM287,000) tetapi ganjaran besar yang lebih lumayan adalah peningkata­n jualan yang biasanya pasti berlaku.

Jualan hadiah pemenang tahun lalu, Lincoln in the Bardo, melonjak 1,227 peratus dalam tempoh seminggu selepas pengarangn­ya, George Saunders meraih anugerah itu dengan hampir tiga perempat jualan mengekori kemenangan, berdasarka­n penganjur hadiah.

 ?? [FOTO EPA] ?? Burns menjadi pengarang British dan wanita pertama memenangi Hadiah Man Booker.
[FOTO EPA] Burns menjadi pengarang British dan wanita pertama memenangi Hadiah Man Booker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia