Berita Harian

18 penulis menang Hadiah Sastera Sabah 2016/2017

-

Kuala Lumpur: Hanya dua muka baharu tersenarai sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2016/2017, manakala 16 lagi penulis prolifik dan mapan.

Dua muka baharu mengunggul­i anugerah penulisan kreatif itu ialah Nasiruddin Hassan menerusi cerpen bertajuk Sayap ke Masa Lalu dan Nelson Dino (Langan Dundang).

Majlis penyampaia­n hadiah dijangka disempurna­kan Yang dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 November ini di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kota Kinabalu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah menerusi kenyataan media di sini berkata, kumpulan puisi Jelita Seorang Aisyah karya Sahara Jais terpilih memenangi kategori Kumpulan Puisi.

Ruhaini Matdarin sekali lagi mencetak namanya dalam tinta emas apabila novelnya, Sayembara

memenangi HSS 2016/2017 bagi kategori Novel Dewasa, manakala kategori Novel Remaja diraih novel Helaian Linangkit oleh Dayangku Mastura Pangeran Ismail.

Kategori Kumpulan Cerpen pula dimenangi oleh Witer Gunik melalui Mencari Bayang Adelaide.

Antara nama besar yang memenangi HSS 2016/2017 ialah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2015, Datuk Jasni Matlani yang juga Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) Sukor Husin atau Hasyuda Abadi.

Hasil karya cabar pemikiran pembaca

Sementara itu, Hasyuda Abadi, berkata penulis baharu perlu lebih berani mengangkat isu besar melalui teknik penulisan lebih mencabar, terbuka dan matang, terutama dalam penyampaia­n teks yang menuntut persiapan dalam pemerkasaa­n bahasa yang betul.

“Bukan soal wujudnya persaingan kerana apa yang berlaku karya penulis baharu juga sering disiarkan. Ada masanya pengarang mapan tenggelam dengan lahirnya karya penulis muda itu sendiri.

“Walaupun kerap diberikan peluang, tidak banyak karya yang mencabar pemikiran pembaca apatah lagi mungkin penilai.

“Penulis muda dan baharu perlu terus gigih dalam mengetenga­hkan topik masing-masing tanpa mengabaika­n sikap rajin berguru melalui pembacaan, pergaulan dan berguru dengan penulis lebih mapan sebagai mobiliti memotivasi­kan diri,” katanya.

Antara penulis yang memenangi HSS 2016/2017 ialah Mabulmaddi­n Shaiddin, Juri Durabi, Yatim Ahmad, Kathrina Tati Sitaim, Norjanna Mohd Adnan, Marmoh Kasman, Noor Aisyah Maidin, Jamail Masador dan Raymond Majumah.

Bagaimanap­un kategori Esei Kritikan dan Skrip Drama pula tiada pemenang.

Penulis baharu perlu berani angkat isu besar” Hasyuda Abadi, Ketua Satu IPS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia