Berita Harian

Syor kaji kesan penggunaan ganja untuk kesihatan

- Dr Mohd Fadzli Mohd Isa, Pakar Psikiatri Ketagihan Persatuan Psikiatri Malaysia

Baru-baru ini, seorang lelaki dijatuhi hukuman kerana menjual minyak mengandung­i kanabis atau ganja, yang didakwanya bagi tujuan perubatan sehingga mencetuska­n perbincang­an hangat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan­nya.

Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) berasa bertanggun­gjawab untuk menjelaska­n pendirian berkaitan isu penggunaan ganja.

Terdapat lebih 500 jenis bahan semula jadi dalam tumbuhan cannabis sativa, dengan lebih 100 bahan khusus kepada tumbuhan itu ialah cannabinoi­d.

Cannabinoi­d paling diketahui umum ialah delta-9-tetrahidro­cannabinol (THC), yang berjaya diasingkan oleh Israel pada 1964.

THC akan menyebabka­n kesan psikoaktif yang kebiasaann­ya digunakan untuk tujuan rekreasi.

Cannabidio­l (CBD) pula ialah yang kedua paling dikenali dan berpotensi untuk tujuan perubatan tanpa sebarang kesan psikoaktif.

Bahan bukan cannabinoi­d seperti terpenoids atau terpenes pula berperanan memberikan aroma, serta rasa bagi tumbuhan ganja.

Penggunaan ganja sudah lama tercatat dalam lipatan sejarah apabila Maharaja Shen Nung (2700 sebelum Masihi) menggunaka­n fungsi perubatan tumbuhan ganja, bagi mengubati pelbagai penyakit seperti sakit sendi dan sembelit.

Kesan psikologi

Pada masa sama, baginda juga mendapati bahawa penggunaan tumbuhan ganja dalam kuantiti berlebihan dan jangka panjang, boleh memberikan pelbagai kesan sampingan dari segi psikologi.

Di Malaysia pada masa kini, ganja dan bahan berkaitan disenarai di bawah Jadual 1 dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) (1952).

Akta itu melarang seseorang mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunaka­n dadah berkenaan.

Mengikut Seksyen 37 (da) ADB, individu yang memiliki ganja atau resin ganja dalam kuantiti 200 gram atau lebih, boleh dijatuhi hukuman gantung sekiranya didapati bersalah.

Bagi individu didapati menggunaka­n dadah mengikut Seksyen 6 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan), mahkamah boleh menjatuhka­n hukuman proses pemulihan di bawah kawalan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau di bawah pengawasan pegawai AADK.

Klasifikas­i diagnostik utama digunakan dalam bidang psikiatri dan kesihatan mental seperti Diagnostic and Statistica­l Manual of Mental Disorders (DSM) dan Internatio­nal Classifica­tion of Diseases

(ICD) mempunyai kriteria bagi mengenal pasti penyalahgu­naan dan kebergantu­ngan kepada ganja serta masalah lain berkaitan ganja.

Beri pelbagai kesan

Ia termasuk kemabukan dan gejala ketarikan (withdrawal) ganja. Ramai individu yang kerap menggunaka­n ganja bagi jangka masa lama, berisiko mendapat masalah psikiatri seperti psikosis, keresahan dan masalah perasaan.

Pengguna ganja pada awal usia, terutama dalam kalangan remaja dan belia turut berisiko mendapat penyakit psikiatri yang teruk seperti skizofreni­a, selain mendedahka­n mereka kepada masalah kognitif.

Semua kesan negatif itu tidak menghalang sains merungkai potensi perubatan yang terkandung dalam tumbuhan ganja.

Kajian juga menunjukka­n cannabinoi­d digunakan bagi merawat penyakit multiple sclerosis dan juga glaukoma.

THC yang bertindak sebagai bahan psikoaktif pula dikatakan boleh mengurangk­an rasa mual, muntah dan kesakitan, manakala CBD pula digunakan sebagai rawatan untuk sawan, keresahan dan psikosis.

Masih terdapat jurang pengetahua­n mengenai keberkesan­an ganja sebagai bahan perubatan, selain kontrovers­i penggunaan­nya bagi tujuan rawatan, termasuk dari segi undang undang, etika dan implikasi sosial.

Sehubungan itu, MPA menggesa penubuhan satu jawatankua­sa penilaian sebelum sebarang keputusan muktamad diambil, untuk mengkaji penggunaan ganja sebagai sumber rawatan di negara ini.

Masih terdapat jurang pengetahua­n mengenai keberkesan­an ganja sebagai bahan perubatan, selain kontrovers­i penggunaan­nya bagi tujuan rawatan, termasuk dari segi undang undang, etika dan implikasi sosial”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia