Berita Harian

Pembeli rumah SUK Johor tanggung hutang, kediaman tak siap

- Mohd Naufal Abdul Rahman, Permas Jaya, Johor Bahru

Saya pernah menulis kepada BH mengenai isu rumah saya yang terbengkal­ai dan disiarkan di dalam akhbar ini pada 18 Januari 2016 di bawah tajuk ‘Dilema pembeli rumah SUK Johor’.

Saya membeli rumah kos sederhana rendah Fasa 3 Taman Setia Indah Johor Bahru pada awal 2014 dan kini setelah hampir lima tahun, rumah masih belum diserahkan kepada saya.

Saya juga dimaklumka­n ada pembeli yang membayar ansuran pinjaman kepada bank untuk tempoh enam hingga tujuh tahun masih tidak dapat menduduki rumah yang mereka beli.

Walaupun pemaju telah menyerahka­n rumah di Fasa 1 kepada pembeli, kedua-dua pihak terbabit dengan kes tuntutan mahkamah, manakala kerja pembinaan untuk Fasa 2 dan 3 nampak tidak ada apaapa kemajuan.

Pelbagai janji telah diberi sebelum ini kepada pembeli mengenai tarikh serah milik kediaman kami, tetapi semuanya menghampak­an.

Masih menyewa

Ada pembeli yang telah beranak pinak dan masih menyewa, ada pula sakit dan saya diberitahu ada anggota keluarga yang telah meninggal dunia dalam penantian untuk memiliki rumah mereka yang tidak siap-siap.

Saya sendiri sudah tiga kali berpindah dalam tempoh lima tahun ini dan sekarang pun masih menyewa, di samping membayar ansuran pinjaman bank ketika usia telah pun menginjak 45 tahun.

Pelbagai usaha dijalankan untuk mendapatka­n kepastian sama ada daripada kerajaan negeri yang lama mahupun baharu, malah Jawatankua­sa Bertindak Penduduk Fasa 2 dan 3 turut mengadakan perjumpaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kawasan terbabit.

Memorandum juga dihantar kepada Menteri Besar Johor di bawah pentadbira­n baharu, tetapi hasilnya tetap mendukacit­akan. Tiada kepastian atau penyelesai­an yang dapat diberikan kepada kami.

Persoalann­ya ialah bukankah kami semua memohon rumah melalui SUK Perumahan Johor dan diberi tawaran oleh mereka?

Mandat rakyat

Bukankah menjadi tanggungja­wab kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat untuk menyelesai­kan masalah asas iaitu perumahan kepada rakyat mereka, lebih-lebih lagi pemilikan rumah kos rendah atau rumah rakyat ini melalui kerajaan Johor.

Di manakah fungsi dan peranan kerajaan negeri, khasnya SUK Perumahan Johor untuk membela nasib kami? Sampai bila projek perumahan ini akan diklasifik­asikan sebagai projek ‘sakit’ dan bukan ‘terbengkal­ai’.

Selagi projek ini masih dikenali sebagai projek ‘sakit’, sampai bilabila pun SUK Perumahan Johor akan terus berbincang dengan pemaju yang tiada berkesudah­an.

Sekiranya kerajaan negeri mengambil berat tanggungja­wab kepada pembeli, mereka mempunyai pilihan lain seperti bantuan kewangan kepada pemaju atau pembeli, malah boleh juga menukar pemaju dan memastikan rumah kami disiapkan.

Harus difahami bahawa saya juga tidak layak lagi memohon rumah mampu milik lain kerana sudah dipilih untuk projek ini. Sangat menyedihka­n mendengar pengumuman kerajaan Johor akan membina rumah mampu milik baharu di sana-sini, sedangkan projek sedia ada masih terbengkal­ai.

Masalah kami sudah diajukan juga kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi adakah menteri yang baharu mengambil maklum isu kami ini? Sampai bila kami harus menunggu dan kepada siapakah lagi tempat untuk kami mengadu?

Bukankah menjadi tanggungja­wab kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat untuk menyelesai­kan masalah asas iaitu perumahan kepada rakyat mereka, lebihlebih lagi pemilikan rumah kos rendah atau rumah rakyat ini melalui kerajaan Johor”

 ??  ?? Laporan BH
18 Januari 2016.
Laporan BH 18 Januari 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia