Berita Harian

Teka-teki kematian Khashoggi

Enam perkara didakwa cetus keraguan mengenai dalang pembunuhan: Arabnews

-

Sekurang-kurangnya enam perkara tidak benar dilapor media berkaitan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi sejak 2 Oktober lalu, termasuk kenyataan bahawa dia sudah bertunang.

Tetapi, itu tidak dihiraukan akhbar The New York Times (NYT),

The Guardian dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Kompilasi perkara tidak benar ini dipaparkan oleh portal media Arab Saudi, Arabnews.

Pertama, laporan jam Apple milik Khashoggi merakam dia diseksa dan dibunuh seperti didakwa media Turki, Daily Sabah tidak disahkan, tetapi diulangi banyak kali termasuk agensi berita Reuters.

Cable News Network (CNN) memetik pakar, menolak dakwaan bahawa jam Apple merakam pembunuhan itu.

Daily Sabah juga mendakwa, pembunuh cuba mendapatka­n akses jam Apple Khashoggi tetapi gagal dan menggunaka­n jarinya untuk ‘membuka’ sedangkan jam itu tidak ada teknologi touch ID seperti iphone dan ipad.

Kedua, banyak pihak juga memetik pandangan Pengarah Besar Al-arabiya, Turki Al-dakhil dalam satu artikel dan merujuknya sebagai jurucakap kerajaan Arab Saudi, sedangkan beliau tiada kena mengena dengan pentadbira­n Riyadh.

Ketiga, banyak pihak merujuk kepada tunang Khashoggi, Hatice (Khadija) Cengiz yang dikatakan menunggu di luar konsulat tetapi, wanita itu sama sekali tidak dikenali oleh keluarga Khashoggi.

Bekas isteri Khashoggi, Alaa Nassif berkata: “Khadijah mendakwa tunang Jamal, tetapi saya tidak pernah dengar mengenainy­a.”

Sambut hari jadi

Tunang Khashoggi itu turut mendakwa dia mengadakan majlis menyambut hari jadi ke-60 untuk Khashoggi sedangkan akaun Instagram wartawan itu menunjukka­n ia sudah disambut bersama keluargany­a pada Mac lalu.

Faktor kelima adalah mengenai pasukan 15 pembunuh dari Arab Saudi, kata Arabnews. Satu gambar yang disiarkan menunjukka­n seorang warga Arab Saudi dalam kalangan pembunuh, tetapi foto itu sebenarnya bertarikh 2013 dan ini disahkan oleh bekas ketua keselamata­n Turki, Emre Uslu.

Khamis lalu, NYT mengakui laporannya mengenai pasukan pembunuh itu gagal disahkan menye- babkan butiran itu dibuang daripada artikelnya.

Faktor terakhir adalah laporan BBC Arabic bahawa sumber keselamata­n Turki berkata, ada rakaman audio dan foto pembunuhan Khashoggi dalam konsulat, tetapi media itu ketika dihubungi turut mengakui tidak melihat rakaman itu bagi mengesahka­nnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meminta supaya semua pihak menunggu hasil siasatan sebelum menyalahka­n Arab Saudi dalam isu itu.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berunding dengan Presiden dan Menteri Luar Turki, semalam mengenainy­a manakala siasatan penyiasat Ankara di Konsulat Arab Saudi di Istanbul tidak menemui bukti kuat menunjukka­n Khashoggi dibunuh di situ.

 ??  ?? Konsulat Arab Saudi di Istanbul meletakkan pagar keselamata­n di laluan masuk.
Konsulat Arab Saudi di Istanbul meletakkan pagar keselamata­n di laluan masuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia