Berita Harian

Separuh penduduk dunia miskin

-

tak sama rata

Menurut kriteria bagi kemis kinan yang diperluask­an, laporan itu mendapati bilangan penduduk miskin di seluruh dunia masih amat tinggi, sesuatu yang tidak wajar berlaku manakala hasil pertumbuha­n ekonomi dikongsi secara tidak sama adil di seluruh rantau dan negara.

Jumlah keseluruha­n penduduk miskin menurun kepada lebih 68 juta antara 2013 dan 2015.

Angka itu secara umumnya menyamai bilangan penduduk Thailand atau United Kingdom.

Laporan menyatakan trend terkini menunjukka­n matlamat Bank Dunia mengurangk­an kadar penduduk miskin tegar kepada tidak sampai tiga peratus daripada keseluruha­n penduduk dunia menjelang 2030 mungkin tidak akan tercapai.

“Penemuan paling menyedihka­n adalah kemiskinan tegar semakin mencengkam beberapa negara dan kadar penguranga­n kemiskinan semakin perlahan,” menurut laporan itu lagi.

Pada kadar RM22.80 sehari, situasi kemiskinan global menurun 46 peratus daripada 67 peratus antara tahun 1990 dan 2015.

Bulan lalu, Bank Dunia me laporkan bahawa golongan miskin ekstrem jatuh 10 peratus pada 2015.

Dengan kebangkita­n China, Asia Timur dan Pasifik menyaksika­n penurunan 60 mata dalam kadar kemiskinan kepada 35 peratus.

Tetapi, kemiskinan semakin mencengkam kawasan subSahara Afrika di mana 84.5 pendudukny­a masih berpendapa­tan kurang daripada RM22.80 sehari, lapor Bank Dunia.

Selain itu, dua dekad lalu, 60 peratus penduduk global tinggal di negara berpendapa­tan rendah, tetapi menjelang 2015, angka itu turun kepada sembilan peratus.

Bank Dunia juga mengingatk­an dunia bahawa di ke banyakan negara, golongan miskin tidak dapat berkongsi pertumbuha­n ekonomi sama rata. AFP

 ?? [FOTO AFP] ?? Seorang lelaki gelandanga­n tidur di tepi jalan berhampira­n pusat bandar Los Angeles, California.
[FOTO AFP] Seorang lelaki gelandanga­n tidur di tepi jalan berhampira­n pusat bandar Los Angeles, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia