Berita Harian

Empat korban bom bawah sofa

-

Kandahar: Empat terbunuh semalam termasuk seorang calon pilihan raya Afghanista­n, selepas sebutir bom yang diletakkan di bawah sofa meletup, kata pihak berkuasa.

Pergerakan Taliban pantas mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan berkenaan yang mengorbank­an Abdul Jabar Qahraman, ketika keganasan meningkat menjelang pilihan raya parlimen Sabtu depan.

Sepanjang musim kempen pilihan raya kali ini, 10 orang calon dilaporkan terbunuh.

Difahamkan Qahrahman sedang bertemu penyokong di pejabat kempen beliau di wilayah selatan Helmand, kubu kuat Taliban apabila sebutir bom disembunyi­kan di bawah sofa meletup, kata jurucakap gabenor, Omar Zhwak.

Qahraman adalah calon kedua yang terbunuh di Lashkar Gah bulan ini, selepas Saleh Mohammad Asikzai menjadi antara lapan terbunuh dalam serangan bunuh diri minggu lalu.

Insiden berlaku sehari selepas pergerakan Taliban membe ri amaran kepada calon supaya menarik diri daripada pilihan raya parlimen.

Ancaman serangan militan

Hampir sembilan juta orang mendaftar untuk mengundi, namun pemerhati menjangkak­an angka keluar mengundi yang lebih kecil berikutan ancaman serangan militan dan penipuan yang berleluasa.

Lebih daripada 50,000 anggota pasukan keselamata­n Afghanista­n dikerahkan untuk melindungi pusat mengundi pada hari pilihan raya.

Menurut laporan, tempoh untuk berkempen berakhir tengah malam semalam.

Pengundian bagi Dewan Rakyat dilihat sebagai ujian sebelum mengadakan pengundian presiden dijadualka­n April depan dan penganjur tidak mahu menangguhk­annya lagi.

Selain itu, menjelang me syuarat Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) di Geneva bulan depan, Afghanista­n di anggap menghadapi tekanan untuk menunjukka­n kemajuan mengikut tradisi demokrasi.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia