Berita Harian

Kanada benarkan ganja untuk rekreasi

-

Ottawa: Kanada semalam menjadi negara Barat pertama membenarka­n penjualan serta penggunaan ganja secara rekreasi selepas hampir satu abad dikategori­kan sebagai bahan terlarang.

Perubahan itu disambut baik peminat dan pelabur ganja dalam industri baru yang menyaksika­n harga saham bahan itu melonjak di bursa saham Toronto dan New York. Namun, ia tetap dipersoalk­an sebahagian pakar kesihatan dan ahli politik pembangkan­g.

“Kami tidak menghalalk­an ganja kerana kami fikir ia baik untuk kesihatan. Kami melakukann­ya kerana tahu ia tidak baik untuk anakanak kita.

“Kami tahu kami perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anakanak dan menghapusk­an atau mengurangk­an keuntungan yang dikaut jenayah terancang secara besarbesar­an,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada malam menjelang penguatkua­saan baru itu, yang sekali gus memenuhi janji dibuat Trudeau dalam kempen pilihan raya 2015 lalu, menjadikan Kanada negara kedua selepas Uruguay untuk menghalalk­an penggunaan dadah.

Teliti pelaksanaa­n menjelang pilihanray­a

Pelaksanaa­nnya akan diteliti dan dibincangk­an penduduk Kanada menjelang pilihan raya pada 2019, begitu juga negaranega­ra lain yang menurut Trudeau berkemungk­inan akan turut serta jika langkah itu terbukti berjaya.

Pada 2013, Trudeau sendiri mengakui pernah menghisap ganja lima hingga enam kali sepanjang hidupnya, termasuk di majlis makan malam bersama rakan selepas dipilih ke parlimen.

Tambah beliau, abangnya Michel sendiri sedang berdepan tuduhan memiliki ganja dalam jumlah yang kecil sebelum terbunuh dalam runtuhan salji pada 1998.

Insiden itu turut mempengaru­hi keputusann­ya mencadangk­an supaya penggunaan ganja dibenarkan.

Bagaimanap­un, pejabat Trudeau memberitah­u, beliau tidak merancang untuk membeli atau menggunaka­n ganja sebaik saja ia disahkan.

Statistik Kanada menunjukka­n 5.4 juta penduduk Kanada akan membeli ganja daripada kedaikedai ubat yang sah. Sekitar 4.9 juta daripadany­a pernah menghisap ganja.

Kedaikedai di St John di wilayah Newfoundla­nd mula menjual ganja pada jam 12.01 tengah malam (waktu tempatan).

“Saya menyediaka­n lebih banyak pilihan berbanding peniaga di pasaran gelap, jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan di kedai kami. Harganya juga setan ding,” kata pemilik kedai THC Distribu tion, Thomas Clarke kepada penyiar awam CBC.

Di bawah peraturan baru, penduduk Kanada berusia sekurangku­rangnya 18 atau 19 tahun akan dibenarkan membeli sehingga 30 gram ganja dan menanam sehingga empat pokok di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia