Berita Harian

Parlimen Algeria kena kunci

Lebih 200 ahli Parlimen desak Speaker letak jawatan

-

Sekurangku­rangnya 200 ahli Parlimen mengunci bangunan berkenaan selama beberapa jam sebagai protes untuk mendesak Speaker meletak jawatan.

Ketua jawatankua­sa hal ehwal luar Parlimen, Abdelhamid Si Affif memberitah­u AFP: “Kami mengambil tindakan ini untuk mendesak Speaker meletak jawatan.

Penunjuk perasaan turut menghalang pintu masuk ke Parlimen menggunaka­n rantai dan mangga.

Presiden Dewan Rakyat, Said Bouhadja sejak September lalu enggan tunduk kepada desakan untuk berhenti kerana dituduh ‘salah laku pengurusan, perbelanja­an berlebihan dan tidak sah, selain pelantikan yang menimbulka­n syak wasangka.’

Sementara itu, Said memberitah­u portal berita TSA: “Saya tidak takut. Saya akan pergi ke Perhimpuna­n Kebangsaan Rakyat (Parlimen) kerana saya presiden institusi ini.”

Bagaimanap­un, dia tidak hadir pada protes Selasa lalu itu, yang diteruskan sehingga tengah hari sebelum ahli Parlimen terbabit bersurai.

Perlembaga­an dan perundanga­n Algeria tidak menyatakan prosedur untuk memecat Speaker Parlimen yang enggan meletak jawatan.

Pun begitu, pihak yang mendesak supaya speaker melepaskan jawatannya, berkata satu mesyuarat membabitka­n ahli perundanga­n kanan dirancang diadakan bagi menjatuhka­n Bouhadja dan memberi laluan kepada proses pemilihan orang baru ke jawatan berkenaan.

Kutuk tindakan majoriti parti

Kumpulan parti pembangkan­g, bagaimanap­un, mengutuk tindakan yang dilakukan oleh majoriti parti dalam Parlimen yang mengandung­i 462 anggota, termasuk Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN) pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Speaker juga adalah anggota parti berkenaan.

Ketua Pergerakan bagi Ma syarakat Aman di Parlimen, Ahmed Sadok, pula berkata, tindakan yang dilakukan tidak memberi kebaikan kepada anggota dewan, Parlimen atau imej negara mereka.

“Jika majoriti anggota dewan tidak lagi mahu bekerjasam­a dengan Bouhadja, tindakan mereka mestilah mengikut undangunda­ng. Buat masa ini, tiada apa yang dapat menghalang beliau menunaikan tu gasnya,” kata beliau.

Bouhadja dilaporkan mem beritahu akhbar Asharq Al-awsat sebelum ini bahawa Bouteflika sendiri perlu mengarahka­n dia untuk berhenti sebelum dia sedia akur kepada desakan ahli dewan berkenaan.

“Saya beritahu mereka ba hawa saya perlu yakin bahawa saya melakukan jenayah besar untuk meletakkan jawatan atau dapat panggilan atau mesej daripada presiden untuk meletakkan jawatan,” katanya.

 ?? [FOTO AFP] ?? Perwakilan dari FLN dan Perarakan Demokrasik Kebangsaan (RND) menghadang laluan masuk ke Parlimen Algeria ketika menggesa speaker dewan meletakkan jawatan, semalam.
[FOTO AFP] Perwakilan dari FLN dan Perarakan Demokrasik Kebangsaan (RND) menghadang laluan masuk ke Parlimen Algeria ketika menggesa speaker dewan meletakkan jawatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia