Berita Harian

Perogol, pembunuh dihukum gantung

-

Lahore: Pihak berkuasa Pakistan semalam melaksanak­an hu kuman gantung ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah memperkosa dan membunuh seorang kanakkanak perem puan berusia enam tahun.

Lelaki itu, Imran Ali, 24, dikenakan empat hukuman mati berasingan atas kesalahan rogol dan bunuh.

Kejadian perkosa dan bunuh olehnya menggempar­kan Pakistan hingga turut mencetuska­n beberapa rusuhan awal.

Tidak lama kemudian, televisyen menyiarkan rakaman ka ra litar tertutup (CCTV) selepas pembunuhan itu yang dikatakan menunjukka­n mang sa, Zainab Fatima Ameen berjalan memegang tangan seorang lelaki tidak dikenali.

Rakaman saat akhir

Rakaman berkenaan berkemungk­inan menunjukka­n saat akhir mangsa sebelum dibunuh.

Kejadian berlaku di bandar timur Pakistan, Kasur, Januari lalu.

Dia mengaku bersalah melakukan lapan serangan ke atas kanakkanak di bandar itu ter

suk lima pembunuhan dalam keganasan yang mencetuska­n ketakutan dalam kalangan masyarakat.

“Dia telah dihukum gan tung di penjara sam saksikan pegawai pusat ta nan dan bapa mangsa, Ameen Ansari,” kata seorang pegawai penjara pusat Lahore.

“Mayatnya telah diserahkan kepada keluarga dan telah dikebumika­n,” katanya lagi.

Anggota keluarga Zainab meminta supaya hukuman gantung itu dilakukan di khalayak ramai tetapi mahkamah tinggi Lahore menolaknya, semalam.

Sekurangku­rangnya 12 kes rogol dan bunuh direkodkan di Kasur sejak dua tahun lalu.

Imran mengaku bersalah melakukan lapan pembunuhan te s belum diketahui pelakunya.

 ??  ?? Ameen Ansari
Ameen Ansari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia