Berita Harian

United kini jadi bahan jenaka

Scholes bingung punca Red Devils merudum biarpun miliki pemain mahal

-

Paul Scholes berkata Lionel Messi juga pasti bergelut untuk menyinar bersama Manchester United ketika ini dan kelab bermasalah itu sedang menjadi bahan jenaka oleh pencabarny­a.

Bekas pemain tengah United dan England itu menjadi antara paling lantang mengkritik kelab lamanya itu, yang ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris dan ketinggala­n lima mata daripada pencabar lain dalam ‘enam terbesar.’

United terpaksa menyaksika­n seteru tetanggany­a, Manchester City menjulang kejuaraan musim lalu dengan penuh bergaya dan memecahkan rekod dan skuad kendalian Pep Guardiola itu sekali lagi menghuni tangga teratas bersama Liverpool dan bekas kelab jurulatih United, Jose Mourinho, Chelsea.

Tiada perbezaan

“Ia tidak akan memberi sebarang perbezaan,” kata Scholes kepada ESPN.

“United ketika ini sama seperti Liverpool beberapa tahun lalu, seperti kami melakukan kesilapan sama seperti mereka lakukan.

“Kami memerhatik­an Liverpool dan City dari jauh dan tersenyum sinis kepada mereka ketika mereka mengubah pengurus dan pemain setiap tahun, tidak pernah melakukan perkara yang betul.

“Rasanya kami sudah berubah menjadi Liverpool dan Man City satu ketika dulu. Saya berasakan orang di Liverpool dan Man City ketika ini melihat dan mengetawak­an kami seperti yang kami lakukan kepada mereka beberapa tahun lalu.”

Mourinho membelanja­kan lebih 350 juta pound (RM1.9 bilion) terhadap pembelian pemain sejak tiba di Old Trafford pada 2016.

Begitupun, hubungan pengurus dari Portugal itu dengan pengurusan teratas kelab tidak begitu baik dan pemain yang dibelinya dengan mahal seperti Alexis Sanchez dan Paul Pogba gagal untuk menyinar di bawah kendaliann­ya.

“Saya tidak fikir ada kekurangan kualiti di sini,” kata Scholes.

“Saya tidak fikir mereka kekurangan beberapa pemain yang benar-benar berkelas dunia yang pasukan lain ada, gabungan di antara pemain tengah, penyerang dan juga pemain tengah berpengaru­h.

“Saya fikir semua pemain yang datang ke pasukan ini akan bergelut. Saya rasa jika kami menandatan­gani Lionel Messi ketika ini dan dia juga bergelut dalam pasukan ini.

“Saya fikir (Mourinho) masih (pengurus hebat) tetapi kami tetap tertanyata­nya mengapa skuad kendaliann­ya merudum.”

United ketika ini sama seperti Liverpool beberapa tahun lalu, seperti kami melakukan kesilapan sama seperti mereka lakukan” Paul Scholes, Bekas pemain tengah United

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia